Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, January 30, 2009

Catatan tentang arwah

Hari ini dalam sibuk kerja, entah kenapa aku ingin sangat menulis pasal arwah chek (ayah) aku yang meninggal pada petang Aidiladha yg lalu. Terasa ingin menulis sesuatu ingatan aku tentang dirinya pada saat ini. Terasa ingin mencatat secebis kenangan tentang dirinya.

Berbanding dengan mak, rasanya aku lebih rapat dengan arwah chek. Malah setiap kali aku menelefon ke kg pun, aku lebih byk bercakap dgnnya, dari isu semasa atau pun peribadi. Rasanya belum sempat untuk aku membalas jasanya yang bersusah payah membesarkan aku. Masih lagi tidak terbalas.

Dia seorang yang cukup penyabar dari segala segi. Berpandangan positif terhadap orang lain walaupun seburuk mana pun perangai seseorang tu. Baginya, setiap orang berpeluang untuk berubah. Dan sekarang aku mulai percaya dgn kata2nya. Betul, setiap orang harus diberi peluang untuk berubah. Contoh terdekat, tahun 2007 aku mendapat seorg kakak ipar yg jauh lebih muda dari aku juga lebih muda dari adik bongsuku. Sementelah sekarang mmg abang aku tinggal bersama mak dan arwah ayah waktu itu. Yang lain rata2nya sudah berumahtangga, bekerja dan juga belajar. Hanya mereka berempat di rumah saat itu. Rutin kakak ipar aku biasanya bgn pagi sekitar pukul 10 atau 11 pg. Bayangkanlah saban hari keadaan itu menyebabkan mak dan abg aku betul2 bengang dgn sikapnya yang buruk itu. Masak apatah lagi la. Setiap kali saudara mara dtg, emak aku terpaksa berbohong, menantu pening dgn alahan mengandung dan tidak sihat disebabkan selalu memerap di bilik. Tetapi yang hairannya, kakak ipar aku ni sedikit rapat dgn arwah ayah aku, selalu bersembang tentang masalahnya. Rasanya sampai sekarang kitaorg tidak faham apa yg arwah fikirkan. Setiap pagi rutinnya pergi membelikan nasi untuk sarapan pagi menantunya di rumah. Sehinggakan mak selalu merungut tentang hal itu. Hal ni berlarutan sehingga org2 kg sebelah pun mengetahui layanan baik arwah terhadap kakak iparku yg satu tu. Setiap kali kitaorg mengutuk, arwah akan selalu cakap, lama2 nanti dia pasti berubah, dia masih mentah lagi tu…Sekarang selepas pemergiannya, baru terbukti segala kata2nya adalah benar. Betul, sabar itu penting, ikhlas juga penting dalam menjalani hidup. Jangan terlalu cepat menghukum orang lain. Semenjak pemergiannya, rumah tangga abang aku begitu bahagia, malah mak aku cukup baik dalam melayani kakak ipar. Kakak iparku sekarang sudah boleh duduk bergurau sneda dgn kitaorg dan sesekali keluar bersama jika ada masa terluang. Sejak arwah tiada, byk betul perubahan pada seluruh keluargaku. Terutamanya abang dan kakak iparku, solat mereka mula terjaga. Betullah, setiap orang pasti boleh berubah. Kalaulah arwah masih ada, rasanya dia orang yg paling bahagia, melihat perubahan mereka sedangkan dulu, dialah pendamai dan penasihat jika mereka berdua bergaduh.

Pada aku, aku tetap terkilan. Kerana sebelum dia di masukkan ke hospital pun, dia byk kali mengatakan rasanya dia akan meninggal tak lama lagi. Setiap kali jugak aku menidakkan kata2nya. Malam terakhir bersamanya, dia menunjukkan ubat2nya pada aku. Menyuruh aku menerangkan deskripsinya satu persatu. Waktu tu,ubatnya hanya tinggal sebiji untuk setiap jenis ubat. Katanya, sudah 2 hari dia tidak mengambil ubat tersebut dan malam itu juga aku memaksanya untuk menghabiskan ubat. Slpas raya, dia bercadang untuk meneruskan rawatan kimoterapi. Sukar untuk digambarkan perasaan aku saat itu. Langsung tiada air mata yg menitik sedangkan hati aku begitu sebal. Aku mahu kelihatan kuat di depannya. Benar2 terkilan bila dia memandang dalam wajahku sambil bersuara…”Sebenarnya, satu je permintaan chek, nak tgk Ina nikah”… Sampai sekarang aku masih bergenang air mata bila teringat saat2 itu. Aku jawab…lambat lagi..Itu yang aku sedihkan kerana sudah beberapa pinangan aku tolak dgn bermacam2 alasan. Dia cakap dia takkan sempat menjadi wali untuk aku. Aku byk diam, kerana saat itu aku byk memujuk hati. Sekurang2nya dia sudah kenal dgn pilihan aku sekarang, malah dia sendiri byk memuji dgn pilihanku. InsyaAllah, ada jodoh, perancangan kami akan terlaksana. Restunya sudah ada, Cuma menunggu restu Ilahi.

Aku byk menrinduinya sekarang. Aku akan tetap merinduinya,,,sampai bila2………..

4 comments:

Unknown said...

takziah
semoga beliau aman di sana.

DeLLa said...

sayu aku baca..tingat arwah abah aku..dia pun sama..tak smpat tgk aku kawen..cuma sempat plan secara bergurau menu ape yg nk dijamu masa aku kawen..berapa hntaran..ko ade mase tu kan?ingat lg tak?apa2 pun long,ade hikamh disebaliknya..ko perasan tak jln cerita hidup kita mcm sama kan?dr dulu lagi...ko panggil kebetulan ni "badi" hehe..apa2 pun...moga dia tenang disana..kita yg tggl ni..doakan utk dia..aminnn

Lina said...

flyo: tq so much. Moga arwah aman di sana...

Della: huhuhuhu...tulah impian setiap bapa, nak tgk anak pompuan kawin...erm...arwah selalu ckp byk kali yg dia takkan sempat jd wali...moga arwah abah ko ngan arwah ayah aku di tempatkan kalangan org beriman....

Anonymous said...

salam Lina

Al-Fatihah buat arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg beriman, Amin.