Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, January 6, 2009

~ Kehilangan ~


Acapkali saat gembira, aku mengingatkan diri, bagaimana dia di sana sekarang?
Acapkali saat sendirian, aku cuba memutar kembali saat2 terakhir bersamanya.

Aku masih lagi terkenangkan dia…
Kerana aku bukan seorang yg kuat utk berdepan dgn sebuah kehilangan hakiki
Aku senantiasa merinduinya
Kerana aku seorang yang sentiasa berpegang pada sebuah kenangan

Aku takut aku mula lupa pada suaranya
Aku takut aku mula lupa pada tawanya
Aku takut aku mula lupa pada senyumnya
Aku takut aku mula lupa pada bayangannya

Hakikatnya, aku kembali mengenangnya agar aku tidak lupa segala2nya tentang dia
Aku takut kerana aku sudah kehilangannya
Dan aku takut andai suatu hari nanti,
Aku mula kehilangan suara, tawa dan senyumnya
Aku lagi takut andai aku kehilangan panduan hidup yg pernah diberikannya
Aku perlukan segala2nya tentang dia untuk kukenang
Walaupun acapkali aku inginkan dia dtg dalam mimpi
Apa keadaannya dia di sana.
Dari jauh, kukirim Al Fatihah untuknya
Moga itu terubat walau apapun situasinya.
Moga dia di tempatkan di kalangan orang-orang beriman
Aminn….

3 comments:

DeLLa said...

byk2 sabo..aku dah lalui..sure ko pun boleh laluinya mcm mane aku lalui..(ewah byk sgt perkataan lalui)hehe..kalo kenang2 kan blk..susur galur hdp kita mcm sama kan..

Lina said...

erm...yup dlm proses la ni...susur galur hidup ek? sama ke?...dat's mean lps ni aku dpt anak pompuan?........hehehehe...saje je...thanx for d support!!

Unknown said...

btul cakap della tu..banyakkan sabar...jgn lupa doakan kesejahteraan dia slalu...amin..Tabah ya..