Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, June 29, 2009

Imbas Kembali.....

Lamanya tak update dlm blog ni..bukan takat bersawang dah…dah kena serang ngan anai2 dah pun….Lately mmg bz…bz ngan keja dan jugak bz nak tukar status jadi isteri orang.

Semalam pergi buat checking utk support blocks kad jemputan. Erm….so tarikhnya telah rasmi. Bila tgk nama pasangan tu macam tak percaya plak…Betul ke ni?...Beratnya tanggungjawab nak jadi isteri orang…but the important truth is…I’m truly happy to be with him…Kalo En. Wap baca ni sure kembang bermangkuk2.
Erm…hari ni rasanya nak tulis entry psl dia…. First time tahu wujudnya En. Wap ni adalah dari Pepsi@Niza teman satu geng di Uitm dulu...Itupun masa aku berhujung minggu di rumahnya, dia mengajak aku pergi karaoke sama2 di Perda.Katanya hanya dia, tunang dia dan En. Wap saja yg pergi. Katnaya lagi En. Wap tu sempoi, kwn tunangnya…takde apa yg nak malu pun… Aku tolak cara baik sbb aku spesis sedar diri (hehehehe) yg tak punya suara semerdu Siti….So, aku duk umah dia diam2, nonton je apa yg ada kat TV. Bila balik, Pepsi bagi aku dengar nyanyian diorg which is dia record dlm phone time tu. Dgrlah suara En. Wap yg perasan mcm suara vokalis XPDC tu…..melalak tak ingat……..

Second time aku tahu wujudnya En. Wap ni bila dikenalkan masa barbeque ramai2 dekat air terjun Sedim. Kira first time jumpa kat sana…Masa dikenalkan dia ataupun aku takde perasaan apa2 pun. Ibarat kata Melyn, muka aku memang takde perasaan….Huhuhu. Sepjg kat situ kitaorg tak sembang lgsg pun…dia sibuk main air ngan pelampung…sebijik cam budak2. Dalam perjalanan balik umah, hujan lebat plak tu, so aku tumpang keta pepsi begitu jugak ngan En. Wap yg terkepit tengah2 iaitu di sebelah aku. Aku spt biasa, org yg aku tak berapa kenal, memang aku tak byk ckp…So, En. Wap plak mmg spesis diam…Takde benda yg nak sembang, sehinggalah tetiba kami menyampuk perkataan yg sama serentak…En. Wap pandang aku, aku pandang dia…then mati kata kat situ….Dua2 tak cakap….Kami mmg sama2 slow kot time tu…:p…

Dalam hampir 8 bln jgk kot, kami terserempak lagi…Kali ini ditemukan dlm satu projek yg aku buat dekat Intel, transfer Lab dr Intel Penang ke Intel Kulim….Dia kira represent owner utk Lab yg kena pindah tu. Masa jumpa tu dia mcm kenal tak kenal je aku. So, aku lagi la buat2 profesional. Kikikiki..Kalo kami terserempak pun slps tu, buat kenal ke tak je.

Dan hampir 8 bln slps siapnya projek tu, aku terima satu call yg mmg aku tak expect lgsg…dari dia..pada hari yg sama aku balik kg kerana nak buat satu keputusan yg besar dlm hidup…nak ke terima pinangan budak bernama “F” tu. Aku dah nekad, first time kluar ngan “F” without family, aku nak tahu keserasian antara kami…Tapi, mungkin dah tiada jodoh, mak aku pulak tak bagi keluar lgsg. Heran sbb mak aku jenis spesis sporting sikit. Bila pkir2 balik…En. Wap dtg pd masa yg tepat….sehinggalah aku rasa yg he’s the one for me….Pn. Della memang my great advisor aku saat2 tu… Thanks sbb support aku time tu..

Terima kasih En. Wap sebab sudi terima seorg budak yg kasar, childish, emotional, kalut dan makin montel dr sehari ke sehari ni. Semoga kasih syg antara kita kian mekar ke akhir hayat. InsyaAllah…Apa yg penting lps ni semoga rumahtangga yg kita dirikan akan diredhaiNya. InsyaAllah…kita akan sama2 berubah ke arah yg lebih baik…070809 will be our happiest moment in my life...InsyaAllah...