Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, January 29, 2009

Sejarah tentang kerja2 lampau


10,000 jobless so far since Jan 1
More than 10,000 Malaysians have lost their jobs since Jan 1, according to Malaysian Employers Federation (MEF) executive director Shamsuddin Bardan.
Hari ini otw dari kerja, seperti biasa aku lebih suka mendengar siaran pagi di HotFM. Nyata hanya Fafau bersiaran tanpa kehadiran Faizal Ismail. Tapi yang menarik perhatian aku adalah, tajuk topik pagi yang dibincangkan adalah, sejak 1 Jan, seramai 10000 org sudah diberhentikan kerja, apakah alternatif anda jika dibuang kerja?...Seperti biasa macam2 pandangan yang diberikan oleh pendengar2 setia. Namun bukan itu yang menarik minat aku saat itu. Aku terus terfikir, krisis ekonomi makin teruk, mcmana jika aku antara salah seorang dari mereka, rasa bersyukur kerana sekarang sudah mempunyai kerja tetap rasanya sudah memadai.

Masih terimbau lagi saat2 kesusahan mendapatkan kerja. Rasanya dlm penghujung thn 2005 dan awal 2006. Perit sungguh cabaran yang perlu dihadapi oleh aku saat itu. Tapi berkali2 jugak aku memujuk hati…InsyaAllah ada rezeki menanti. Segala macam interview datang, tapi saat itu aku masih gagal menempatkan diri dalam dunia pekerjaan.
Bulan Februari 2006, kawan baik aku sejak kecik lagi menawarkan diri untuk membantu aku mendapatkan kerja sekitar Pulau Pinang, aku terhutang budi sgt2 ngan dia..huhuhuhu. Alhamdulillah, slpas 2 mggu menumpang di rumahnya, aku mendapat kerja sebagai Electrical Projek Engineer di sebuah syarikat kontraktor milik Cina. Actually, saat tu aku sedikit blur dgn job scope, maklum saja aku memang baru agaknya saat itu. Setelah diselidik, aku satu2nya perempuan melayu di sana. Aku diberitahu akan ditempatkan di site ofis, Kulim, utk membantu PM menguruskan projek2 sekitar Kulim Hi-Tech. Hampir sebulan lebih di HQ, aku berpindah ke Kulim terus memandangkan my ex-housemate masa study dulu ada di Kulim. So, aku decided utk stay di Kulim saja.

Perkenalan pertama kali dengan project team, rasanya sungguh melucukan. Mereka sendiri mengaku yang mereka tidak sabar untuk menyambut kehadiran sekuntum bunga di ofis mereka saat itu. Aku dikenalkan dgn Siva (safety officer -handsome boy, smpai skrg still keep in touch), Nagen (site coordinator~ funny dan selalu treat aku mcm bdk2), Sundra (Project Coordinator~Chinese mix Indian~ nice but sumtimes annoying), Gopal (nice guy ~ safety jgk), Selva (safety ~ very gentleman) dan lastly my boss..Mr. Liu as a PM. Pergh…team kitaorg dipanggil sbg abandons team sbb selalu dianak tirikan dlm apa2 event company. Rasanya diorg byk membantu aku untuk survive bila berdepan dgn cabaran2 masa menguruskan projek. My first impression pada kaum India, totally berubah…apa yg harus dipuji semangat setiakawan sungguh tinggi. Communicate dgn diorg, you have to stay focus and firm…or else, kita akan termakan jerat sendiri dlm putar belit diaorg.

Bila ditanya first impression diorg pada aku masa mula2 dtg, diorang ckp aku kecik je orgnya, mcm bdk sekolah…nice, shy girl and pendiam. Hahahaha….Bila ditanya setelah lama kenal, diorg selalu cakap aku ni slumber and annoying…hahahhaha…annoying bila aku suka kenakan diorg dan willing to share apa2 pun psl keje. Rindunya saat2 bersama diorg, with my bos yg cukup sporting. Ingat lagi hari Sabtu adalah hari utk kitaorg bersembang psl dunia semasa dan bos aku suka ckp…Saturday is Motivation Day. Main game sama2 ngan bos…mmg sekepala. Time keje semua serius, time ada isu kat site semua tension, tapi itu masa time keje. Balik umah terus tutup psl keje. Kadang2 bgn pg2, perasaan pressure tu rasa mengganggu, tp itulah yg best agaknya.

Selepas bos aku resign disebabkan tidak berpuas hati dgn management, rasanya aku org pertama yg tahu, yg sama2 tolong dia fill up form utk keje baru, yg tolong scan resume dia…rasanya susah nak dapat bos mcm ni…tahu beza antara kerja dan waktu leisure.
Sebulan lebih bos aku resign, aku turut resign, aku tawakal utk menerima kontrak kerja dgn sebuah syarikat kontraktor lain slps direkomen oleh my customer..hehehehe. Aku tak puas ati ngan management baru actually. Lps aku resign, one by one my team resigned. Sekarang yg ada semua Chinese team. Cuma sesekali ada jgk kluar lunch dgn diorg.

Second company aku terasa mcm terlalu free sgt masa walaupun byk betul isu kat site. Aku sempat kerja selama 3 bulan dan di sinilah aku tercampak sampai sekrang, terpaksa jugak aku tinggalkan bidang construction. Aku mula megenal dunia manufacturing dan di sini semua psl management. Syang jugak tinggal kompeni lama, syg sgt sebab byk tinggalkan technical knowledge yg aku lama kelamaan makin lupa. Cuma benda sama yg aku praktikkan di sini ialah, the way aku communicate dgn org sekeliling…Cuma kat sini aku sopan la sikit..tak ckp lps dan gelak besar lagi…Semua sunyi dan sepi…tak tahu sampai bila aku boleh bertahan kat sini…stress tu rasanya kurang berbanding keje2 dulu tapi rasanya kurang seronok sbb masa dah tak flexible mcm dulu….Rasa nak berjinak2 balik ngan construction pulak……rindunya!!!!!!

2 comments:

kuIna said...

kerja itu ibadah dear tp envroment keja akan membantu prestasi keja kita kan..

Anonymous said...

salam

em bagi kite lah kan, situasi tempat keja mmg amat mempengaruhi motivasi keje hari2... sentiasa rasa 'enjoy' bila bekerja... :)