Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, January 23, 2009

Balik KG…..

Cuti CNY ni, aku memang akan balik ke kg halaman..Negeri Kelantan terchenta…..seperti biasa aku akan drive sendiri. Aku rela drive drpd amik tiket bas, yg bukan saja mahal bahkan kurang selesa. Lagipun malas nak meyusahkan abang aku untuk amik aku di Tanah Merah ataupun KB. Aku takut end up aku terpaksa naik 2 buah bas lagi baru sampai ke Pasir Puteh. So, daripada penat turun naik bas, baik la aku drive saja…perjalanan masa lebih kurang 4 jam. Time long distance driving macam ni boleh la aku memekak kuat2 dalam kereta, lps tension……hehehehe…Aku suka suasana highway baru Baling dan suasana Lebuhraya Timur Barat Grik tu…..terutamanya waktu pagi…Rasa saujana mata memandang. Terutamanya melalui jambatan merentasi Tasik Banding...dan menghirup nyaman udara di Puncak Titiwangsa..Best!!



Gambar diambil oleh my sis ketika merentasi jambatan Tasik Banding...

Rutin setiap kali balik kg, aku akan bertolak pagi2 sebelum subuh atau pun slps waktu subuh. Kalo sebelum subuh, biasanya aku akan singgah solat di Masjid Baling…apa nama masjid tu ntah. Sempatlah subuh berjemaah kadang2. tapi untuk perjalanan esok, terpaksa aku bertolak lewat sikit memandangkan ada “budak” nak tumpang. Pada mulanya adik aku yg sekarang tgh praktikal sbg guru kat Teluk Intan bercadang nak teman aku balik, tetapi sudah kehabisan tiket untuk datang ke Kulim atau Butterworth. Hampeh…Ingatkan balik sorang2 kali ni…2 hari lepas dapat call dari kakak aku, ada anak saudara abg ipar aku nak tumpang sbb takde tiket nak balik. Aku cakap nanti aku call dan cakap ngan bdk tu sendiri.

Lps sembang ngan bdk tu, br aku tau lelaki rupanya…hehehehe…nasib baik muda belia lagi, automatic aku bahasakan diri akak dekat dia. Terpaksalah pagi2 esok aku amik dia kat Kepala Batas tu sebelum balik, kalo amik awal pun tak tau kat mana dia nak tumpang tido. So, pg2 buta esok aku nak amik dia…huhuhuuh…kenal pun idak…

Bila aku bgtau je, adik aku balik ngan budak nama “Yie” tu, dia terus gelak besar. Untuk pengetahuan, time balik kg or sape2 sedara mara aku yg area utara ni takde tiket bas, akulah jd pengangkutan balik diaorg…huhuhuhu…Kalau tak sepupu aku, kawan aku, adik aku, pening2. Tapi oklah, aku pun rasa secure jugak nak balik perjalanan jauh2 kalo ada teman. Mak aku pun tak risau sgt…En. Wap pun agaknya…hehehehe…

Balik dari Kelantan ke Kulim…my ex housemate, PN.TINI dah book nak balik sekali…ada teman jgk…. best!!! Leh la suruh dia je yg drive…..aku plk tukang sembang…hehehehe…..

So, esok…doakan saya selamat sampai kg dengan selamat dan jayanya. Harap2 dgn ada bodyguard ni, selamatlah hendaknya….Tak sabar nak jumpa famili walaupun pasti setiap kali pulang kg selepas ketiadaan arwah ayah, saat rindu padanya makin kuat……

To all………..selamat bercuti……..

2 comments:

kuIna said...

selamt bercuti...
hati2 memandu..

DeLLa said...

hati2 ek bentek..hehehe..wah2 dah ade bodyguard..krm slm sume