Hari ini dalam sibuk kerja, entah kenapa aku ingin sangat menulis pasal arwah chek (ayah) aku yang meninggal pada petang Aidiladha yg lalu. Terasa ingin menulis sesuatu ingatan aku tentang dirinya pada saat ini. Terasa ingin mencatat secebis kenangan tentang dirinya.
Berbanding dengan mak, rasanya aku lebih rapat dengan arwah chek. Malah setiap kali aku menelefon ke kg pun, aku lebih byk bercakap dgnnya, dari isu semasa atau pun peribadi. Rasanya belum sempat untuk aku membalas jasanya yang bersusah payah membesarkan aku. Masih lagi tidak terbalas.
Dia seorang yang cukup penyabar dari segala segi. Berpandangan positif terhadap orang lain walaupun seburuk mana pun perangai seseorang tu. Baginya, setiap orang berpeluang untuk berubah. Dan sekarang aku mulai percaya dgn kata2nya. Betul, setiap orang harus diberi peluang untuk berubah. Contoh terdekat, tahun 2007 aku mendapat seorg kakak ipar yg jauh lebih muda dari aku juga lebih muda dari adik bongsuku. Sementelah sekarang mmg abang aku tinggal bersama mak dan arwah ayah waktu itu. Yang lain rata2nya sudah berumahtangga, bekerja dan juga belajar. Hanya mereka berempat di rumah saat itu. Rutin kakak ipar aku biasanya bgn pagi sekitar pukul 10 atau 11 pg. Bayangkanlah saban hari keadaan itu menyebabkan mak dan abg aku betul2 bengang dgn sikapnya yang buruk itu. Masak apatah lagi la. Setiap kali saudara mara dtg, emak aku terpaksa berbohong, menantu pening dgn alahan mengandung dan tidak sihat disebabkan selalu memerap di bilik. Tetapi yang hairannya, kakak ipar aku ni sedikit rapat dgn arwah ayah aku, selalu bersembang tentang masalahnya. Rasanya sampai sekarang kitaorg tidak faham apa yg arwah fikirkan. Setiap pagi rutinnya pergi membelikan nasi untuk sarapan pagi menantunya di rumah. Sehinggakan mak selalu merungut tentang hal itu. Hal ni berlarutan sehingga org2 kg sebelah pun mengetahui layanan baik arwah terhadap kakak iparku yg satu tu. Setiap kali kitaorg mengutuk, arwah akan selalu cakap, lama2 nanti dia pasti berubah, dia masih mentah lagi tu…Sekarang selepas pemergiannya, baru terbukti segala kata2nya adalah benar. Betul, sabar itu penting, ikhlas juga penting dalam menjalani hidup. Jangan terlalu cepat menghukum orang lain. Semenjak pemergiannya, rumah tangga abang aku begitu bahagia, malah mak aku cukup baik dalam melayani kakak ipar. Kakak iparku sekarang sudah boleh duduk bergurau sneda dgn kitaorg dan sesekali keluar bersama jika ada masa terluang. Sejak arwah tiada, byk betul perubahan pada seluruh keluargaku. Terutamanya abang dan kakak iparku, solat mereka mula terjaga. Betullah, setiap orang pasti boleh berubah. Kalaulah arwah masih ada, rasanya dia orang yg paling bahagia, melihat perubahan mereka sedangkan dulu, dialah pendamai dan penasihat jika mereka berdua bergaduh.
Pada aku, aku tetap terkilan. Kerana sebelum dia di masukkan ke hospital pun, dia byk kali mengatakan rasanya dia akan meninggal tak lama lagi. Setiap kali jugak aku menidakkan kata2nya. Malam terakhir bersamanya, dia menunjukkan ubat2nya pada aku. Menyuruh aku menerangkan deskripsinya satu persatu. Waktu tu,ubatnya hanya tinggal sebiji untuk setiap jenis ubat. Katanya, sudah 2 hari dia tidak mengambil ubat tersebut dan malam itu juga aku memaksanya untuk menghabiskan ubat. Slpas raya, dia bercadang untuk meneruskan rawatan kimoterapi. Sukar untuk digambarkan perasaan aku saat itu. Langsung tiada air mata yg menitik sedangkan hati aku begitu sebal. Aku mahu kelihatan kuat di depannya. Benar2 terkilan bila dia memandang dalam wajahku sambil bersuara…”Sebenarnya, satu je permintaan chek, nak tgk Ina nikah”… Sampai sekarang aku masih bergenang air mata bila teringat saat2 itu. Aku jawab…lambat lagi..Itu yang aku sedihkan kerana sudah beberapa pinangan aku tolak dgn bermacam2 alasan. Dia cakap dia takkan sempat menjadi wali untuk aku. Aku byk diam, kerana saat itu aku byk memujuk hati. Sekurang2nya dia sudah kenal dgn pilihan aku sekarang, malah dia sendiri byk memuji dgn pilihanku. InsyaAllah, ada jodoh, perancangan kami akan terlaksana. Restunya sudah ada, Cuma menunggu restu Ilahi.
Aku byk menrinduinya sekarang. Aku akan tetap merinduinya,,,sampai bila2………..
Friday, January 30, 2009
Catatan tentang arwah
Posted by Lina at 5:10 PM 4 comments
Thursday, January 29, 2009
Sejarah tentang kerja2 lampau
More than 10,000 Malaysians have lost their jobs since Jan 1, according to Malaysian Employers Federation (MEF) executive director Shamsuddin Bardan.
Masih terimbau lagi saat2 kesusahan mendapatkan kerja. Rasanya dlm penghujung thn 2005 dan awal 2006. Perit sungguh cabaran yang perlu dihadapi oleh aku saat itu. Tapi berkali2 jugak aku memujuk hati…InsyaAllah ada rezeki menanti. Segala macam interview datang, tapi saat itu aku masih gagal menempatkan diri dalam dunia pekerjaan.
Bulan Februari 2006, kawan baik aku sejak kecik lagi menawarkan diri untuk membantu aku mendapatkan kerja sekitar Pulau Pinang, aku terhutang budi sgt2 ngan dia..huhuhuhu. Alhamdulillah, slpas 2 mggu menumpang di rumahnya, aku mendapat kerja sebagai Electrical Projek Engineer di sebuah syarikat kontraktor milik Cina. Actually, saat tu aku sedikit blur dgn job scope, maklum saja aku memang baru agaknya saat itu. Setelah diselidik, aku satu2nya perempuan melayu di sana. Aku diberitahu akan ditempatkan di site ofis, Kulim, utk membantu PM menguruskan projek2 sekitar Kulim Hi-Tech. Hampir sebulan lebih di HQ, aku berpindah ke Kulim terus memandangkan my ex-housemate masa study dulu ada di Kulim. So, aku decided utk stay di Kulim saja.
Perkenalan pertama kali dengan project team, rasanya sungguh melucukan. Mereka sendiri mengaku yang mereka tidak sabar untuk menyambut kehadiran sekuntum bunga di ofis mereka saat itu. Aku dikenalkan dgn Siva (safety officer -handsome boy, smpai skrg still keep in touch), Nagen (site coordinator~ funny dan selalu treat aku mcm bdk2), Sundra (Project Coordinator~Chinese mix Indian~ nice but sumtimes annoying), Gopal (nice guy ~ safety jgk), Selva (safety ~ very gentleman) dan lastly my boss..Mr. Liu as a PM. Pergh…team kitaorg dipanggil sbg abandons team sbb selalu dianak tirikan dlm apa2 event company. Rasanya diorg byk membantu aku untuk survive bila berdepan dgn cabaran2 masa menguruskan projek. My first impression pada kaum India, totally berubah…apa yg harus dipuji semangat setiakawan sungguh tinggi. Communicate dgn diorg, you have to stay focus and firm…or else, kita akan termakan jerat sendiri dlm putar belit diaorg.
Bila ditanya first impression diorg pada aku masa mula2 dtg, diorang ckp aku kecik je orgnya, mcm bdk sekolah…nice, shy girl and pendiam. Hahahaha….Bila ditanya setelah lama kenal, diorg selalu cakap aku ni slumber and annoying…hahahhaha…annoying bila aku suka kenakan diorg dan willing to share apa2 pun psl keje. Rindunya saat2 bersama diorg, with my bos yg cukup sporting. Ingat lagi hari Sabtu adalah hari utk kitaorg bersembang psl dunia semasa dan bos aku suka ckp…Saturday is Motivation Day. Main game sama2 ngan bos…mmg sekepala. Time keje semua serius, time ada isu kat site semua tension, tapi itu masa time keje. Balik umah terus tutup psl keje. Kadang2 bgn pg2, perasaan pressure tu rasa mengganggu, tp itulah yg best agaknya.
Selepas bos aku resign disebabkan tidak berpuas hati dgn management, rasanya aku org pertama yg tahu, yg sama2 tolong dia fill up form utk keje baru, yg tolong scan resume dia…rasanya susah nak dapat bos mcm ni…tahu beza antara kerja dan waktu leisure.
Sebulan lebih bos aku resign, aku turut resign, aku tawakal utk menerima kontrak kerja dgn sebuah syarikat kontraktor lain slps direkomen oleh my customer..hehehehe. Aku tak puas ati ngan management baru actually. Lps aku resign, one by one my team resigned. Sekarang yg ada semua Chinese team. Cuma sesekali ada jgk kluar lunch dgn diorg.
Second company aku terasa mcm terlalu free sgt masa walaupun byk betul isu kat site. Aku sempat kerja selama 3 bulan dan di sinilah aku tercampak sampai sekrang, terpaksa jugak aku tinggalkan bidang construction. Aku mula megenal dunia manufacturing dan di sini semua psl management. Syang jugak tinggal kompeni lama, syg sgt sebab byk tinggalkan technical knowledge yg aku lama kelamaan makin lupa. Cuma benda sama yg aku praktikkan di sini ialah, the way aku communicate dgn org sekeliling…Cuma kat sini aku sopan la sikit..tak ckp lps dan gelak besar lagi…Semua sunyi dan sepi…tak tahu sampai bila aku boleh bertahan kat sini…stress tu rasanya kurang berbanding keje2 dulu tapi rasanya kurang seronok sbb masa dah tak flexible mcm dulu….Rasa nak berjinak2 balik ngan construction pulak……rindunya!!!!!!
Posted by Lina at 3:51 PM 2 comments
Wednesday, January 28, 2009
Batuk + Malas keje + Bengang
Sejak semalam lagi aku batuk2. Huhuhu…rasa nak pecah kepala bila batuk datang. Ubat batuk yg dibekalkan doc masa dapat mc dulu, baru je Kak Nana (my new housemate) buang sebelum cuti raya cina hari tu…sebab aku minum sikit je, drpd menyemak, dia minta izin aku nak lagi ke tak ubat batuk tu. Aku time tu konon2 merasakan ubat batuk tu tak diperlukan dah…slumber je ckp…”buanglah, bukan sy minum pun”…aku mmg benci ubat batuk…sejak azali lagi. Sekarang batuk menyerang lagi, seksa betul rasanya, nak pegi amik ubat baru lagi la terasa mls…nah..sekarang suara aku semakin “seksi” jadinya.
Keadaan batuk ni mungkin menyumbangkan sedikit tahap kemalasan aku untuk buat kerja hari ni. Masih dlm mood cuti lagi. Semua benda pending disebabkan ramai yg cuti..huhuhuhu..Memang aku malas tahap gaban hari ni. Tapi mls2 pun, aku turun gak kat production…utk follow up psl project yg aku assist under bos aku.
Di sinilah tahap kebengangan aku bermula. Aku turun saja ke production, aku jumpa terus dgn seorg minah supervisor ni, actually aku tak kenal sgt minah India tua ni. Hampeh tul, aku tanya dia elok2…dia ckp dia bz plak…Bukan bz sgt pun rasa aku…serabut adalah…spt biasa tahap kesabaran aku mmg tinggi deal ngan makhluk2 mcm ni…so aku ckp…bila masa dia free?...Abis keje kul brape? Slumber dia ckp kul 5.30 ptg terus balikl sbb ade sembahyang..Huh, aku sabar lagi time tu. Then aku ckp…ok..pg esok I nak update progress build…sharp kul 10.00am. Promise?...Dia cakap ok…pukul 10.00am.. So, tak sabar nak tunggu kul 10 pg esok, kalo dia tak feedback lagi…aku tau ler apa nak buat..first time deal ngan dia…aku kena study peel dia dulu…Mmg tu jenis aku…Tak suka marah2 melulu…Abis2 kuat aku repot je kat superior dia…abis citer!!!
Posted by Lina at 5:48 PM 1 comments
Friday, January 23, 2009
Balik KG…..
Cuti CNY ni, aku memang akan balik ke kg halaman..Negeri Kelantan terchenta…..seperti biasa aku akan drive sendiri. Aku rela drive drpd amik tiket bas, yg bukan saja mahal bahkan kurang selesa. Lagipun malas nak meyusahkan abang aku untuk amik aku di Tanah Merah ataupun KB. Aku takut end up aku terpaksa naik 2 buah bas lagi baru sampai ke Pasir Puteh. So, daripada penat turun naik bas, baik la aku drive saja…perjalanan masa lebih kurang 4 jam. Time long distance driving macam ni boleh la aku memekak kuat2 dalam kereta, lps tension……hehehehe…Aku suka suasana highway baru Baling dan suasana Lebuhraya Timur Barat Grik tu…..terutamanya waktu pagi…Rasa saujana mata memandang. Terutamanya melalui jambatan merentasi Tasik Banding...dan menghirup nyaman udara di Puncak Titiwangsa..Best!!
Rutin setiap kali balik kg, aku akan bertolak pagi2 sebelum subuh atau pun slps waktu subuh. Kalo sebelum subuh, biasanya aku akan singgah solat di Masjid Baling…apa nama masjid tu ntah. Sempatlah subuh berjemaah kadang2. tapi untuk perjalanan esok, terpaksa aku bertolak lewat sikit memandangkan ada “budak” nak tumpang. Pada mulanya adik aku yg sekarang tgh praktikal sbg guru kat Teluk Intan bercadang nak teman aku balik, tetapi sudah kehabisan tiket untuk datang ke Kulim atau Butterworth. Hampeh…Ingatkan balik sorang2 kali ni…2 hari lepas dapat call dari kakak aku, ada anak saudara abg ipar aku nak tumpang sbb takde tiket nak balik. Aku cakap nanti aku call dan cakap ngan bdk tu sendiri.
Lps sembang ngan bdk tu, br aku tau lelaki rupanya…hehehehe…nasib baik muda belia lagi, automatic aku bahasakan diri akak dekat dia. Terpaksalah pagi2 esok aku amik dia kat Kepala Batas tu sebelum balik, kalo amik awal pun tak tau kat mana dia nak tumpang tido. So, pg2 buta esok aku nak amik dia…huhuhuuh…kenal pun idak…
Bila aku bgtau je, adik aku balik ngan budak nama “Yie” tu, dia terus gelak besar. Untuk pengetahuan, time balik kg or sape2 sedara mara aku yg area utara ni takde tiket bas, akulah jd pengangkutan balik diaorg…huhuhuhu…Kalau tak sepupu aku, kawan aku, adik aku, pening2. Tapi oklah, aku pun rasa secure jugak nak balik perjalanan jauh2 kalo ada teman. Mak aku pun tak risau sgt…En. Wap pun agaknya…hehehehe…
Balik dari Kelantan ke Kulim…my ex housemate, PN.TINI dah book nak balik sekali…ada teman jgk…. best!!! Leh la suruh dia je yg drive…..aku plk tukang sembang…hehehehe…..
So, esok…doakan saya selamat sampai kg dengan selamat dan jayanya. Harap2 dgn ada bodyguard ni, selamatlah hendaknya….Tak sabar nak jumpa famili walaupun pasti setiap kali pulang kg selepas ketiadaan arwah ayah, saat rindu padanya makin kuat……
To all………..selamat bercuti……..
Posted by Lina at 11:26 AM 2 comments
Wednesday, January 21, 2009
1st Award.......
Baru ari ni dapat amik award dari Pn. Della. Sori, smlm dah nmpak tapi tak sempat nak amik...bz skit...but bz mcmana pun mmg aku selalu lawat blog ko....kurang2 ilang rindu ek....huhuhu...aku tau aku mmg layak dpt award ni...hehehehe...sebab aku pengunjung setia ko...anyways thanx a lots...aku anggap je bear kecik tu aku, ko lak hello kitty tu...hihihihihi....
Posted by Lina at 9:09 AM 3 comments
Friday, January 16, 2009
~Dingin~
Ziana Zain - Dingin
Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah
Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama
Mula2 aku dengar lagu ni…..aku tak de lah rasa best sgt. Tapi one day baru2 ni, aku kebetulan terdengar lagu ni dan menghayati liriknya. Sedih….Itulah yang aku rasakan kalau aku berada di tempat insan yang mengalami dugaan hidup seperti lirik lagu ni.
Rasanya lagu2 ini sesuai untuk orang yg pasrah bila kehilangan orang tersayang dengan kehadiran orang ketiga….Mungkin macam2 sebab bila seseorang lelaki itu berubah atau dingin dgn kita….Tapi yang penting kita kena redho dan cuba utk memaafkan biar apapun sebabnya…Kuasa memaafkan itu besar. Baru2 ni aku saja mencerita kebahagiaan kwn2 yang dah kawin dengan En. Wap, selamba dia cakap, jgn lupa dlm ramai2 kawan kita yg dah kahwin, ramai jugak yg tengah retak?...Kecut aku dengar…Cepat2 aku tanya sape…selamba dia ckp…adalah…tak boleh bgtau…org pompuan bukan boleh percaya nak simpan rahsia bab gossip……huhuhuhu…kena sebijik…
Sedih dan rasa kalut gak dgn isu “dingin” institusi rumah tangga sekarang. Tapi yang penting untk menuju ke gerbang perkahwinan..kena redho dan tawakal dgn pasangan yg dipilih….(mcm expert lak isu rumah tangga ni..:P)
Apapun aku tetap suka lagu ni…positif jek dalam memujuk emosi diri….teringat lak Juara Lagu hari Ahad ni…hrp2 kakak Ziana ni ada harapan utk menang…hehehehe…
Posted by Lina at 3:33 PM 1 comments
Thursday, January 15, 2009
I'm busy.......
Nasib baik dgn pertolongan direction dari En. Wap,..Aku sampai sana, Motorolan tu bgtau yg meeting postpone ke 3 ptg. Hampeh tul…dlm dok menunggu kat lobby tu terserempak lak ngan budak satu U dulu, Along@ Shahrul Fadzly…dia terkejut tgk aku…kitaorg sembang jap. Tapi aku perasan jgk la, pi mana2 mesti jumpa mamat ni…pegi masjid, jumpa dia, pi toilet kat shopping kompleks, jumpa dia, pi mkn jumpa dia, pi meeting pun jumpa dia…sekarg aku tak heran dah jumpa dia kat mana2…hehehehe…
Lps meeting aku tak msk opis, ala…aku sampai kat Kulim pun dah pkul 5.15ptg, so aku terus balik umah je. Baru 2 hari lps bos aku cam sindir aku je dlm meeting, lps gi meeting blk opis kalo ada benda urgent…Memang ada benda urgent pun, aku dah communicate dgn IT utk install software tu utk convert data, tapi esoknya pegi keje, pagi2 lagi aku buat, bukan salah aku…aku dah follow up 2kali sblm pegi meeting….geram betul..Tambah2 IT punya orang tu silap bagi info kat aku…Aku nak je explain kat bos aku…tp betulla kata org..Bos tetap bos mcmana pun…huhuhuhu…
Minggu ni I’m struggling untuk trigger team utk material. Mcm nak nangis pun ada. Aku ralat sebab diberitahu psl material issue tu last minute.Aku nak salahkan sape pun tak tau. Semlm aku dok berkejar dlm production sepjg hari, sedar2 lutut aku dah sakit…huhuhu…suruh Kak Nana urutkan semalam…teringat lak time Fakar tolong urut masa jadi part timer kat The store dulu….Aku memang lemah betul kalo berdiri lama2 ni….huhuhuhu…
Tetiba isu material ni jadi besar sampai ke director…Huh, kelam kabut big2 bos. Last2 QA person semua kena standby semlm psl tu…So bila aku update pg ni…semua material dah release ke production. Perasaan aku turut sama release…LEGA……..fuhh…sekarang working out the material utk second model…nak tak nak kena follow up team lagi….Tapi pressure dah kurang sikit……..Alhamdullilah...;)
Posted by Lina at 11:16 AM 2 comments
Wednesday, January 7, 2009
Anak2 Jiranku.....Pengubat di kala sepi di perantauan
Hari ni aku kelam kabut dgn line readiness nak kena update dgn bos. Aku kena make sure semua tools and equipment dah ready utk support produk baru dan customer baru dari Australia. Lagipun ptg ni, ada plant tour dengan customer dan aku kenalah push semua yg terlibat utk convince customer yg kitaorg dah ready dgn build minggu depan. Walhal, macam2 isu lagi kat belakang tabir….huhuhuhu…
Actually, dlm dok bz2, aku dapat mail dari Kak Nana, my new housemate skrg…….hehehehe...Juga gambar masa kitaorg shopping kat Jusco Seberang Perai City. Kami pergi bersama2 ngan jiran kami, Kak Ani and family. Just nak bercerita tentang anak lelaki jiran aku, Aqeed Ruzaimi…Nama Aqeed lambang kekuatan, keteguhan…aku pilih nama tu dan cadangkan kat mama dia…hihihihi.Hasil perkahwinan Pn. Rushaini dan Arif Pheng Lee Abdullah….9 Januari 2009 ni genap umurnya satu tahun. Satu tahun membesar depan mata aku, dari tinggi sejengkal setengah, dah besar dah budak cinonet ni…huhuhu.
Pose depan x-mas tree
Umur dah hamper setahun, kalau hujung2 minggu, aku sesekali jadi maid diorang, mandi, pakai lampin, pakaikan baju utk dia…cari pengalaman dulu sebelum timang anak sendiri...hehehe.. Kakak dia si Alissa tgh sibuk belajar bercakap, naik confuse aku sama ada perkataan yg keluar dari mulut dia Chinese or malay words….Susah betul.
Saja nak share cerita masa aku ngan Kak nana bawak dia pegi makan kat Ichiban Ramen, semua makanan tak sesuai dgn dia, so tak bg dia bosan Kak Nana sesekali suapkan ice blended dekat dia, bukan main happy lagi. Dah lama sgt, kitaorg sembang n lupa dia, dia mula membuat mcm2 memek muka untuk tarik perhatian. Last2 dia nangis, tanda protes…hehehehe.
Lps makan, kitaorg masuk Jusco untuk survey hadiah kat Tini. Aqeed langsung tak duduk diam, boleh pulak dia usik2 kita main cak2 dan kejar2 area barangan elektrik. Huhuhu…yang jatuh saham aku la nampaknya, dgn terkedek2 dia jalan, tak kurang jugak yg dok ckp cutenya bdk ni..bangga gak aku ngan pujian2 tu wlpun mmg bukan anak aku pun....aku pun buat2 la kejar dia.. Gelak mengekek2, hyperactive sungguh. Aqeed n Alissa...2 beradik hyper
Erm…semalam lps balik keje, dia panggil aku dari gril umah dia. Suara dia dahlah kasar, mcm suara anak teruna lak...hihihi.. Aku singgah la kejap….Muka seposen je, mintak simpati utk bermanja la tu.. Mama dia cakap dah pandai buat eksen bila lagu Madagascar keluar iklan kat TV, dia baru start pandai goyang badan…comel betul…mama dia selalu komplen nyesal ngan cdgan aku letak nama Aqeed...katanya anaknya hyper sbb nama itu…ye ke?…Jatuh ke, lebam ke, dia nangis kejap je, pastu sambung main balik…Gigi dah tumbuh banyak…Nakalnya makin terserlah…apatah lagi baru2 ni kantoi dok menilik diri dia kat cermin……Bila kantoi tau pulak malu2…pandai betul…Agak2nya memang anak kacukan ni pintar kot?......
Time ni umur dia brape bln ntah...tak boleh letak, nak duduk je keje dia, mama dia letak dlm car seat dia n bg tgk TV pg2 supaya dia tak meragam..Nampak Alissa pose macam kakak penyayang...padahal cukup dengki ngan adik dia....hehehe
Posted by Lina at 3:46 PM 3 comments
Tuesday, January 6, 2009
~ Kehilangan ~
Acapkali saat sendirian, aku cuba memutar kembali saat2 terakhir bersamanya.
Aku masih lagi terkenangkan dia…
Kerana aku bukan seorang yg kuat utk berdepan dgn sebuah kehilangan hakiki
Aku senantiasa merinduinya
Kerana aku seorang yang sentiasa berpegang pada sebuah kenangan
Aku takut aku mula lupa pada suaranya
Aku takut aku mula lupa pada tawanya
Aku takut aku mula lupa pada senyumnya
Aku takut aku mula lupa pada bayangannya
Hakikatnya, aku kembali mengenangnya agar aku tidak lupa segala2nya tentang dia
Aku takut kerana aku sudah kehilangannya
Dan aku takut andai suatu hari nanti,
Aku mula kehilangan suara, tawa dan senyumnya
Aku lagi takut andai aku kehilangan panduan hidup yg pernah diberikannya
Aku perlukan segala2nya tentang dia untuk kukenang
Walaupun acapkali aku inginkan dia dtg dalam mimpi
Apa keadaannya dia di sana.
Dari jauh, kukirim Al Fatihah untuknya
Moga itu terubat walau apapun situasinya.
Moga dia di tempatkan di kalangan orang-orang beriman
Aminn….
Posted by Lina at 9:36 AM 3 comments