Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, December 23, 2008

Sumthin to share......


Semalam lps meronda cari kasut kat Jusco Seberang Prai City, kitaorg tak expect pun utk tgk movie. Saja meronda kalo ada citer best utk tgk. Last2 aku suggestkan utk tgk movie lakonan hero pujaan aku, Keanu Reeves….The Day the Earth stood still.
Aku rasa citer ni takde best giler2, tp ada impak yg besar utk difikirkan. Citer ni sarat dgn moral yg tersendiri….Aku mls nak ulas synopsis citer ni...Boleh rujuk kat tenet kalo berminat.Apa yg aku nak tekankan ialah moralnya. Kat bawah ni adalah antara dialog yg berkesan di hati aku:-

“If the Earth dies, you die. If the human race dies, the Earth survives”

Dialog ni diucapkan oleh Keanu Reeves yg membawa watak sbg alien yg datang untuk menyelamatkan bumi. Seperti yg kita tahu mmg byk kerosakan di muka bumi yang terjadi dari tangan2 manusia sendiri. So slps berpuluh tahun si alien hantar perisik mereka yg hidup sbg manusia, Alien beranggapan yang manusia sendiri yg merosakkan bumi dan dtg dgn misi utk meyelamatkan bumi dari manusia.

Terfikir jugak, sekarang byk sgt bala2 yg terjadi, sana sini huru hara. Rasanya di sinilah konsep mengapa cerita ini digarap…Dunia dah terlalu tua dan sekarang byk kerosakan terjadi di sekeliling kita.
“Your professor is right. At the precipice we change”.

Kata2 ni lagi menarik, alien (Keanu Reeves) menggambarkan manusia sbg makhluk perosak utk bumi. Punca utamanya adalah sikap manusia yg alien pun tak mampu ubah. Kesan dari sikap manusia yg tak nak berubah ni menyebabkan alien merasakan perlunya bumi ini dibersihkan daripada manusia. Dengan keputusan yg alien ni buat, dia telah menghantar serangan serangga micro mcm virus. Heroin dlm movie ni lakonan Jennifer Connely ni merayu2 la dgn alien ni mengatakan yg manusia akan berubah setelah diberi peluang. Malah si heroin dlm cerita ini membawa alien utk berjumpa dgn seorg professor utk rundingan dlm usaha memujuk alien menukar fikiran. Dlm perbincangan dgn professor tu, menarik sgt sebab profesor mengaku yg manusia mmg mempunyai sikap yg boleh merosakkan bumi. Tetapi, manusia sentiasa berubah dgn melalui pelbagai tamadun dari dulu. Sebelum sesebuah tamadun musnah, manusia boleh berubah di antaranya untuk hidup. Itulah manusia, dlm bahasa ringkasnya takkan berubah sehingga sesuatu mendesaknya...:p...

Filem ini mampu membuatkan kita tertanya2, apa tujuan alien datang dan sbg musuh atau kawan... Dari awal sampai akhir, rasanya aku byk tertanya2. suspens tapi sarat dgn moral…Byk sindiran2 halus dlm movie ni termasuklah kegagalan pihak PBB menangani masalah dunia. Malah, manusia merasakan keamanan boleh dicapai melalui kekerasan. Tgk sajalah contoh terdekat kita punya pemimpin, nampak ekstrim sikit msk je dlm ISA. Apa yg pasti, sejauh mana tinggi dan canggihnya teknologi, tetapi sikap manusia sbg khalifah di muka bumi ni yang tak nak berubah, takkan ada keamanan lagi. Hanya satu cara….the ability to change…yg ni yg susah...takde sape yg boleh ubah seseorg kecuali diri dia sendiri..."betulkan?"

p/s: Keanu Reeves tetap handsome dan bergaya dalam citer ni. Tak pyh tukar2 baju, pakai sut hitam je sepjg citer ni…Jimat kos!!! Hehehehe…

4 comments:

Unknown said...

wei..aku pun naj tgk citer ni..tapi ngan sape la aku nak pegi...sorang2 takde la...biar je la...huhuhu

Lina said...

alah...tgk sorang2 lg best per...susah sgt cari jek DVD...hihihihhi

kuIna said...

org ketiga selalu muncul ketika kita memerlukn bantuan & prtolongan, niat & keikhlasan kita tak tahu... sama mcm hidup kita, mcm kish penjajahn tnhair kita dulu.. sesama kita bertelagah, org ketiaga dtng membntu & akhir tergadai tanah

Lina said...

setuju sgt ngan akak...manusia mmg mcm tu...tak pernah sedar dan nak berubah!!