7 hari …terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Sudah 7 hari tanpa suaranya, ketawa mau pun jasadnya. Perginya dia terlalu pantas untuk diulang di layar ingatan. Hakikat untuk di terima arwah chek telah pergi tanggal 8 Disember 2008, saat 2.30 ptg. Saat orang sibuk memasak untuk juadah tengahari di Aidiladha. Pergi dengan aman setelah mengalami demam biasa. Saat jasadnya terbujur kaku, masih lagi aku terimbau muka bersihnya yang baru saja bercukur sehari sebelum hari raya. Kemas dan memang itu persiapannya untuk ke alam baru, yang terputus dari dunia luar dan sanak saudara. Masih teringat lagi aku menegahnya untuk pergi bercukur dan menggunting rambut lantaran dia nampak sedikit keletihan dari biasa. Lagipun, yang aku nampak, rambutnya masih lagi pendek. Arwah selamba menjawab, dia takut abg aku marahkan dia.
Terasa Hari Raya Aidiladha tahun ini langsung tidak bermakna. Sebuah kehilangan yang besar utuk kami adik beradik, juga untuk kwn2nya sekampung yang lain. Pemergiannya nyata sebuah kepincangan untuk semua orang. Gelak tawanya yang sentiasa memeriahkan suasana dalam apa jua majlis dan peristiwa.“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah
mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku
masih kecil”.
Semoga Rohnya aman tersemadi di sana, Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkan dia di kalangan orang2 beriman….Aminnn………
Wednesday, December 17, 2008
7 Hari Tanpa Dia.......
Posted by Lina at 9:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
innalillah..sapa yg meninggal na. sabar ye na.
ayah ina dah meninggal...raya haji lepas...unexpected..tapi kami adik beradik redho je..
Post a Comment