Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, March 17, 2009

~ Cerita Tentang Dia ~

Kata orang kalau ada jodoh, takkan kemana. Betul, jodoh itu di tangan tuhan. Selebihnya kita hanya berusaha dan bertawakal dgn doa. Erm…rasanya kali ini aku nak share sedikit pengalaman perit yang dilalui oleh salah seorang kenalan aku. Cerita hidupnya bagai sebuah mimpi, penuh ranjau dan duka, menjadikan dia insan yang sentiasa mencari sesuatu utk menghilangkan rasa sunyi dalam dirinya.

Pertama kali mengenalnya, dia seorang yang ramah, kelakar, hepi go lucky dan benar2 mudah mesra. Tapi siapa tahu setelah megenalinya secara dekat, kisah hidupnya cukup berbalam dan suram. Baginya, hidup sendirian itu lebih membahagiakan. Lebih menyenangkan. Dia kelihatan punya ramai kenalan rapat, tapi jelas dia tetap sendirian. Pada aku, she’s pretending to be strong…no matter what. Sejarah hidupnya mula disingkap satu persatu.

Siapa sangka dalam usia lepasan STPM, dia sudah menjadi tunangan orang. Permulaannya bercinta sbg anak2 kecil, bermain pondok2, saling mengutus surat dan semua itu percintaan antara dia dan jirannya. Dari cara dia menceritakan, cinta mereka terlalu kuat sehinggakan dia diikat sbg tunangan org sebelum tunangnya menyambung pelajaran ke US.

Segala2nya bermula selepas tunangnya didapati telah terlanjur dgn kwn baiknya sendiri. Walaupun ketika itu tunangnya berada di universiti yg berbeza, nyata itu bukan jarak utk ketelanjuran mereka. Adakah sunyi yg menjadi penyebabnya? Mungkin hanya mereka saja yg tahu. Abang “D” tunangannya, kemudian dgn terpaksa memperisterikan kwn baiknya setelah perempuan itu disahkan mengandung. Perkahwinan mereka heboh di kalangan dua keluarga dan dgn rasa terluka, dia mengundurkan diri dan memutuskan tali pertunangan. Pada mulanya, keluarganya menyalahkannya kerana memutuskan pertalian itu, malah abang “D” sendiri benar2 sygkan dia dan ingin megambil dia sbg isteri. Tapi kalau saya berada di tempat dia pun, rasanya hati saya remuk benar dan dia meninggalkan lelaki itu tanpa ingin mendengar sbrg penjelasan. Baginya, lelaki itu telah memusnahkan kepercayaannya.

Dia meneruskan hidup sebagai seorg perempuan yg mula membina benteng2 ego dlm dirinya. Baginya, lelaki tidak setia dan dia tidak memerlukan cinta seorg dari seorg lelaki dlm hidupnya. Begitulah dia membawa diri selama 20thn. Saban tahun, bekas tunangnya selalu melamarnya setiap kali tibanya Hari Raya. Malah perkahwinan abang “D” Cuma sempat bertahan selama setahun slps kelahiran seorg anak yg bukannya dari darah dagingnya. Cinta abang “D” tetap pada dia tanpa dia sedar. Malah setiap kali kunjungan abg “D” ke rumahnya, dia berpura2 bahawa lelaki itu bukan insan yg pernah singgah di hatinya.

Baru 2 minggu lepas bekas tunangnya itu menghubunginya atas ingin meminta maaf buat kali terakhir. Katanya, dia sudah lama memaafkan abg “D” . Bagi abg “D” cintanya tetap pada dia…sebab itu dia sanggup tidak menerima perempuan lain selepas perceraian dgn isterinya. Abang “D” membawa berita dia menghidap kanser otak Stage 4 dan peluang untuk hidup tipis. Dia terpukul, tanpa dia sedar, benteng ego yg dibinanya selama ini runtuh sama sekali. Lelaki itu membuat pengakuan terakhir, hanya dia yg bertaktha di hati abang “D” selama ini. Dia sedar dan bertaubat dgn ketelanjurannya dulu. Sebagai seorg insan abang “D” membesarkan anak yg bukan darah dagingnya sbg anak sendiri. Dia melawat dan menerima abg “D” sbg seorg yg pernah disyangi. Mereka bercakap dari hati ke hati. Mereka mengakui perasaan masing2 dalam tempoh yg terlewat. Kata Abang “D”, kalau dia menerima lamaran dulu, pasti mereka sudah punya anak dan zuriat. Hampir 20thn mereka membazir masa dgn hidup sendirian. Runtuh juga egonya, abang “D” melamarnya di hospital, dgn tenang dia menjawab..”InsyaAllah kalau awak sembuh kita kawin”…Kata2nya bagai satu harapan. Namun tanggal Jumaat yang lalu, 7th March, abang tu pergi meniggalkan dia buat selama2nya….kali ni dia benar2 merasa sebuah kehilangan dan sesal yg pjg…pergi dlm rajuknya yg panjang….

Tragiskan percintaan mereka...
Betul kata orang, kita takkan tahu sejauh mana seseorg itu meninggalkan kesan di hati kita sehinggalah kita kehilangannnya.

Nasihat dari kwn sy, hargailah org sekeliling kita seikhlasnya….mana tahu suatu hari nanti dia akan meninggalkan kita....kita takkan tahu…:P...

2 comments:

DeLLa said...

aku rase mcm baca novel plak...sape tu ek?

aku dr dulu dah selalu nasihat ko..kalo ade peluang grab..bkn kita ni nk jd perigi cari timba..tapi kita berusaha...

apapun moga ko dgn en. W cepat dipertemukan jodoh..

Lina said...

mana ada amik kisah novel...mmg real...aku pun tumpang sedih wei....