Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, March 25, 2009

~Semoga Bahagia itu Milik Kita Dunia Akhirat~

Sejak seminggu lepas, aku bz...Kepala pun naik pening....Sabtu lps, aku ngan En. Wap perang dingin. Nasib baik semlm, semuanya ok kembali. Betul, Susah sebenarnya untuk berterus terang. Takut ada yg terasa atau terlepas kata. Jalan yg terbaik utk waktu itu, aku hanya berdiam dan menyepi…huhuhu. Dalam kesibukan kerja, hati aku merusuh…geram pd dia, sakit hati wlpun benda2 kecik yg terjadi. Tapi hanya dia satu2 lelaki yg memahami aku…InsyaAllah hanya dia…Erm…ptg semalam aku terima satu email pjg dari dia, dlm hati…pandai jugak dia karang ayat..hehehehe. Buat En. W, akan ku jaga nilai pada Yang Esa, pada diri dan nilai pada sesama manusia…InsyaAllah semoga kita berjaya nanti….:)....

Thursday, March 19, 2009

~ Aku dan produk2 slimmingku ~

Hari ni member suh temankan dia pegi jumpa kitaorg punyer Industrial nurse, ada documents nak bagi katanya, so aku bercadang nak pegi timbang berat sekali. Hahahha…sejak aku msk keje sini, bila tension jek, aku suka cari mknan. Plus mungkin faktor “bahagia” agaknya. Hehehehe…Bahagialah sgt….Seperti yang kujangka berat aku dah 51kg…Uwaaa…Untuk pengetahuan semua, kiraan BMI aku masih lagi dlm kelompok ideal (ideal la sgt…:p).Tapi semua jeans, baju t-shirt aku dah ketat. Apa aku nak buat ni…Atas inisiatif yg hangat2 tahi ayam sebelum ni, aku sudah beli satu produk slimming, Produk “X” ,ada 15 paket dlm tu…alih2…dlm seminggu tu leh la aku maintain amik setiap mlm sblum tido, then masa balik kg, aku bwk balik beberapa paket, sikap aku yg hangat2 tahi ayam mula muncul bila aku siap bg adik aku try lagi beberapa paket dgn alasan, takde perasaan yg best pun minum produk tu. Produk “X” tu dah la bau herba….nak naik muntah rasanya, perisa oren pun tak mampu menghilangkan herba2 terpilih tu…Hehehe..Sekarang ada 2 paket lagi baki …sampai sekarang tak tergerak hati lagi nak sentuh…So produk kedua aku diperkenalkan oleh Pn. Della, hahahaha…sbg supplement je, bukan utk kurus sgt pun, tapi aku selalu miss amik sebab aku jrg amik breakfast sgt. Tapi, sekarang aku amik on off, sbb aku bukan jenis komited punya org. So, produk terbaru, aku beli semalam…my first impression, produk ni best, ada rasa perubahan bila aku bgn pagi ni….erm…perasaan skrg, rasa mcm best jek….tapi kalau best2 pun, berat aku tak turun dlm sebulan dua ni, mungkin produk ni terus diluputkan dlm list aku….hehehehhe….

Wednesday, March 18, 2009

~ 100 hari tanpanya ~

Hari ini genap 100 hari pemergian arwah bapaku, rasanya baru je semalam pemergiannya. Masih terbayang-bayang lagi kekalutan kami tanggal 8 Disember lalu. Baru terperasan, hari ini aku memakai baju yg sama semasa pemergian arwah, baju kurung bercorak hijau dan coklat. Setiap kali memakai baju ni, memang aku akan kerap teringatkannya. Dan hari ni aku memakainya tanpa sebrg niat untuk ke tempat kerja (aku memang jenis jarang memakai baju kurung utk ke tempat kerja). Melihat kalendar yang ku tanda utk hari ini, membuatkan aku tiba2 teringat, begitu cepat masa berlalu. Patutlah semalam aku tergerak utk baca Yasin sebelum tidur….Erm…Memang hanya itu yang mampu aku buat utknya sekarang. Balik kg 2 minggu lps, aku tergerak hati utk menunjukkan gambar terakhir arwah yg dicandid oleh adikku 2 minggu sblum arwah meninggal. Gambar arwah yg tersenyum lebar. Emak aku spontan melarikan matanya dari menatap gambar dari kamera digital tu dgn alasan melihat wajah arwah ibarat menatapnya di depan mata. Aku tahu, rindu mak pd arwah begitu mendalam sekarang. Masakan tidak, setiap kali selepas solat subuh airmatanya selalu saja dikesat. Berpura-pura kelihatan kuat di hadapan kami, anak2nya.

Sekarang aku terasa bagai arwah masih ada di sisi. Mungkin kerana aku telah lama merantau agaknya. Namun, pemergiannya buat aku acap kali terasa bila pulang ke kg. Semoga arwah tenang dan ditempatkan di kalangan org2 beriman. Semoga mak terus tabah selalu dan semoga aku dapat menunaikan hasrat terakhirnya nanti….InsyaAllah, semoga jodoh antara kami direstuinya. ..:)..

Tuesday, March 17, 2009

~ Cerita Tentang Dia ~

Kata orang kalau ada jodoh, takkan kemana. Betul, jodoh itu di tangan tuhan. Selebihnya kita hanya berusaha dan bertawakal dgn doa. Erm…rasanya kali ini aku nak share sedikit pengalaman perit yang dilalui oleh salah seorang kenalan aku. Cerita hidupnya bagai sebuah mimpi, penuh ranjau dan duka, menjadikan dia insan yang sentiasa mencari sesuatu utk menghilangkan rasa sunyi dalam dirinya.

Pertama kali mengenalnya, dia seorang yang ramah, kelakar, hepi go lucky dan benar2 mudah mesra. Tapi siapa tahu setelah megenalinya secara dekat, kisah hidupnya cukup berbalam dan suram. Baginya, hidup sendirian itu lebih membahagiakan. Lebih menyenangkan. Dia kelihatan punya ramai kenalan rapat, tapi jelas dia tetap sendirian. Pada aku, she’s pretending to be strong…no matter what. Sejarah hidupnya mula disingkap satu persatu.

Siapa sangka dalam usia lepasan STPM, dia sudah menjadi tunangan orang. Permulaannya bercinta sbg anak2 kecil, bermain pondok2, saling mengutus surat dan semua itu percintaan antara dia dan jirannya. Dari cara dia menceritakan, cinta mereka terlalu kuat sehinggakan dia diikat sbg tunangan org sebelum tunangnya menyambung pelajaran ke US.

Segala2nya bermula selepas tunangnya didapati telah terlanjur dgn kwn baiknya sendiri. Walaupun ketika itu tunangnya berada di universiti yg berbeza, nyata itu bukan jarak utk ketelanjuran mereka. Adakah sunyi yg menjadi penyebabnya? Mungkin hanya mereka saja yg tahu. Abang “D” tunangannya, kemudian dgn terpaksa memperisterikan kwn baiknya setelah perempuan itu disahkan mengandung. Perkahwinan mereka heboh di kalangan dua keluarga dan dgn rasa terluka, dia mengundurkan diri dan memutuskan tali pertunangan. Pada mulanya, keluarganya menyalahkannya kerana memutuskan pertalian itu, malah abang “D” sendiri benar2 sygkan dia dan ingin megambil dia sbg isteri. Tapi kalau saya berada di tempat dia pun, rasanya hati saya remuk benar dan dia meninggalkan lelaki itu tanpa ingin mendengar sbrg penjelasan. Baginya, lelaki itu telah memusnahkan kepercayaannya.

Dia meneruskan hidup sebagai seorg perempuan yg mula membina benteng2 ego dlm dirinya. Baginya, lelaki tidak setia dan dia tidak memerlukan cinta seorg dari seorg lelaki dlm hidupnya. Begitulah dia membawa diri selama 20thn. Saban tahun, bekas tunangnya selalu melamarnya setiap kali tibanya Hari Raya. Malah perkahwinan abang “D” Cuma sempat bertahan selama setahun slps kelahiran seorg anak yg bukannya dari darah dagingnya. Cinta abang “D” tetap pada dia tanpa dia sedar. Malah setiap kali kunjungan abg “D” ke rumahnya, dia berpura2 bahawa lelaki itu bukan insan yg pernah singgah di hatinya.

Baru 2 minggu lepas bekas tunangnya itu menghubunginya atas ingin meminta maaf buat kali terakhir. Katanya, dia sudah lama memaafkan abg “D” . Bagi abg “D” cintanya tetap pada dia…sebab itu dia sanggup tidak menerima perempuan lain selepas perceraian dgn isterinya. Abang “D” membawa berita dia menghidap kanser otak Stage 4 dan peluang untuk hidup tipis. Dia terpukul, tanpa dia sedar, benteng ego yg dibinanya selama ini runtuh sama sekali. Lelaki itu membuat pengakuan terakhir, hanya dia yg bertaktha di hati abang “D” selama ini. Dia sedar dan bertaubat dgn ketelanjurannya dulu. Sebagai seorg insan abang “D” membesarkan anak yg bukan darah dagingnya sbg anak sendiri. Dia melawat dan menerima abg “D” sbg seorg yg pernah disyangi. Mereka bercakap dari hati ke hati. Mereka mengakui perasaan masing2 dalam tempoh yg terlewat. Kata Abang “D”, kalau dia menerima lamaran dulu, pasti mereka sudah punya anak dan zuriat. Hampir 20thn mereka membazir masa dgn hidup sendirian. Runtuh juga egonya, abang “D” melamarnya di hospital, dgn tenang dia menjawab..”InsyaAllah kalau awak sembuh kita kawin”…Kata2nya bagai satu harapan. Namun tanggal Jumaat yang lalu, 7th March, abang tu pergi meniggalkan dia buat selama2nya….kali ni dia benar2 merasa sebuah kehilangan dan sesal yg pjg…pergi dlm rajuknya yg panjang….

Tragiskan percintaan mereka...
Betul kata orang, kita takkan tahu sejauh mana seseorg itu meninggalkan kesan di hati kita sehinggalah kita kehilangannnya.

Nasihat dari kwn sy, hargailah org sekeliling kita seikhlasnya….mana tahu suatu hari nanti dia akan meninggalkan kita....kita takkan tahu…:P...

Tuesday, March 10, 2009

~ All d way from Tambun~

Sebenarnya sudah lama aku nak publish psl aktiviti hujung minggu bersama geng2 jiran2 rumah aku, tapi langsung tak berkesempatan disebabkan masa yg terlalu padat…(hahhaha…padat la sgt). Dah lama rasanya tak lepak2 dan mengikuti aktiviti kekeluargaan mcm ni, so sabtu lepas (28 Feb) kami berangkat ke Tambun Lost World, dekat Ipoh. Pada mulanya aku takde lah berminat sgt, tapi disebabkan aku mmg takde aktiviti hari tu, apa salahnya aku ikut je. Aku org paling lambat bersiap sbb mmg aku tak prepare pun nak pergi, so dgn selambanya aku pergi sehelai sepinggang…padahal diorg semua dah siap dgnbaju dan seluar mandi msg2.

Kami bertolak seawal 7.10pg, pagi pun masih gelap lagi. Aku actually mati2 ingatkan diorg nak pergi ke Bukit Merah, aku silap paham rupanya….huhuhuhu…Anak2 jiran aku, Kak Ani muka sembap baru je bangkit tidur, tapi Alissa nampak excited dgn swinning suit dan jaket swimming dia. So, berangkatlah geng2 Taman “X” aku. Kami singgah di R&R Changkat Jering dan membedal nasi goreng dan bekal yg Kak Ani bawak..mmg best…entah sbb lapar atau sebab dia msk memang sedap.

Kami sampai di sana sekitar kul 11pg, tempat tu pun baru jek bukak. Kanak2 riang sudah tak sabar nak main air termasuklah mak kanak2 riang dan teman2nya. Aku memang dah set dlm kepala, aku just pegi nak tangkap gambar diorg je, bukan mandi…Itupun atas sebab2 tertentu…kalau tak mmg aku org first yg menyelam….hehehehehe…. Memang best dan best sgt kat sana, rasa ralat sgt sbb aku pun tak bwk baju spare. Tp basah gak ler seluar aku hari tu. Sempat main game kat sana. Erm…kat bwh ada gambar2 diorg yg sempat aku snap. But, tempat ni sesuai sgt utk yg berfamili…Cuma yg tak best, makanan yg dijual tak best lgsg, tak byk pilihan. Kalaulah boleh bwk makanan dr luar kan best….:p… So foto2 di bwh boleh menggambarkan ke"hepi"an kami hari tu....sampai umah mmg keletihan sgt2...

Salah satu pose dr anak2 jiran yg mmg hepi dan aktif hari tu...

Tuesday, March 3, 2009

New Customer New Project

Hari ni totally mengantuk, pagi petang meeting tak abis2…Bosan tul..Baru dapat tau aku kena jaga projek lain pula. Tadi meeting dgn customer baru tu dr pg smpai lunch hour...Kena concentrate betul2 sebab nyk requirement nak kena buat especially documentation process utk launch new product. Mula2 kecut jgk perut, but nampak wakil dari Cooper Industries tu ok and mmg sekepala. Hehehe…Nasib baik…Tp meeting dgn CEO ptg td, Cooper target 100% meet deadline, 100% quality, 100% OTD and short leadtime….dalam hati aku terus terdetik…habislah aku….Moga2 dapatlah aku hadapi apa jua cabaran yg mendatang…Aku terpikir gak, nape la tetiba bos aku tukar leader utk handle customer ni...Aku redho jelah…If it’s the best for me….I’ll accept it sincerely…….ehheheheh