Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, August 23, 2010

Juadah Buka puasa


Hari ni ofis internet down, fuh lps lunch baru internet ok, tu pun 1st half masa kat opis amat2lah memboringkan. Hasrat untuk melayani internet untuk mencari resepi untuk berbuka sekaligus terbantut. Meeting at morning, nothing much to update since I was away about two months and all the projects transfer were at beginning of the stage. Betul2 memboringkan, hari ni juga flu semakin kronik, sapu tgn selalu saja menemani.

On the way balik keje petang, tanya En.Wap sama ada dia ada idea untuk lauk berbuka, walaupun dlm kepala sudah ada beberapa menu simple. Sampai rumah dlm pkul 6.15ptg dan bergegas masak nasi, buat rencah untuk perap ayam berempah dan semuanya siap dlm sejam kemudian, penat walaupun sempat siap 3 menu ringkas jek...Huhu...kena meningkatkan lagi tahap kecekapan di dapur. Penat but puas hati dapat makan lauk dari rumah.
Juadah simple yg sempat dimasak hari ni..nampak ayam tu hitam legam la plak...tak cantik langsung!!!

En. Wap puji ayam goreng berempah sedap dan bercadang untuk jadikan salah satu lauk untuk berbuka bersama kwn2nya hujung minggu ni. Huhu...penat lagi...6 psgn tetamu termasuk kami. Dah ada beberapa menu, harap2 niat ikhlas nak berbuka puasa ngan kwn2 nanti menjadi....InsyaAllah..

p/s: Puan Della, sila jgn jeles...anda juga dijemput berbuka kalo mau "naik" ke utara ni noh!!!


Saturday, August 21, 2010

Amatur Chef: Projek Sosej Roll Puff

Ahad lepas excited betul shopping barang2 rumah setelah sekian lama ‘bersara’ dari dunia dapur ni…Huhu…Lepas mengemas apa yg dibeli, barulah segar mata melihat barang2 tersusun rapi di dalam peti sejuk. Best2…Hehehe…Sebelum balik ke rumah mertua di Parit Buntar untuk berbuka puasa, aku sempat la mebuat resepi instant, Sosej Roll Puff. Haha, sebenarnya saja2 nak menguji En.Oven yg baru dibeli. Dalam beberapa minit je dah siap untuk dibakar and En. Wap mengambil tugas untuk membakar. Resepi sebenarnya dihentam keromo…dan hasilnya sungguhlah tidak berapa cantik, berbeza sungguh dgn foto resepi diambil di internet..huhuhuh..To be honest, rasanya liat bila dimakan….hahahha…salah tukang pembakar agaknya…:p…So kami sempat la membuat post mortem terhadap kebolehan En.Oven…Konon2nya En.Oven tidak berkemampuan untuk membakar dengan kadar suhu yg setara, buktinya apabila puff yg disusun di tengah kurang masak berbanding dgn puff yg disusun pada bahagian tepi. Kami pula asyik menambah masa membakar sedangkan masa yg dicatat dalam resepi hanya 20 minit.Haha…Agaknya salah si amatur chef ni kot…tak pandai mengunakan kebolehan En.Oven pada kadar yg optimum…hehehe…

So I think it’s better for the pictures to tell how bad I’m in cooking and baking…But for a first timer, it’s not sooooo bad rite…;p…

Masih kelihatan elok dalam oven....

Rupa puff setelah masak, ada yg 'pecah perut ', yg tengah kurang masak, yang tepi macam orang kulit hitam berjemur.huhu...


Close up sikit...Showing that I'm not a good cooker..Haih....


Saturday, July 31, 2010

Mimpi Yang Indah

Salah satu pic scan masa preggy. Hanya pic yg ni plg ok as he was in the perfect shape and perfect position in my tummy....11wks old.

Sejak pemergian anakanda Hasif, aku ingin sgt bermimpi psl arwah. Setiap malam sebelum tidur, aku berdoa agar dia muncul dalam mimpi aku. Untuk melepaskan rindu yg aku seorang saja memahaminya. Rindu setelah berpisah jasadnya. Aku teringatkannya setiap pagi menyapu gel di perut sblm berbenkung, juga rindu setiap kali berbaring atau tidur tanpa ada lagi bantal kecil yg perlu kuletakkan utk mengampu perut yg sarat. Rindu bila meraba perut yg mula kempis tiada isi. Bukti yg menyedarkan aku yg dia sudah pergi. Kerapkali aku memujuk diri, dia akan menanti kami di sana, tak sabar utk pertemuan yg satu itu. Ya Allah, jadilah kami dalam golongan hambaMu yg mendapat balasan syurgaMu.

Mungkin kerana aku mula melupakan raut wajahnya, ya aku akui aku mula kabur tentang wajah anakanda…yg masih kuat dlm ingatan aku kulitnya yg ketara benar putih merahnya dan juga rambutnya yg sedikit ikal. Selebihnya aku mula samar2 mengingatinya. Alhamdulillah, malam tadi aku bermimpi arwah anakanda Hasif buat pertama kali. Mimpi aku menjaganya sepenuh kasih syg. Dalam mimpi tu aku seolah2 terlampau obses takut dia jatuh sakit. Kulitnya yg putih pink, hidung besar mcm aku gak, hehehe..dia byk tidur je dlm pangkuan aku. Dalam mimpi tu macam betul je sebab aku tak boleh susukan dia sebab air susu aku takde. Aku jaga dia sebab rasa dahinya panas. Aku letak kapas yg dibasahkan di dahinya. Tapi yg aku hairannya mimpi tu berlaku di sebuah padang yg luas. Semua brg2 baby ada di sisi aku dan aku menjaganya tak jemu2. Dia pun baik je saat tu. Mimpi aku terhenti bila hujan mula turun dan aku cepat2 bawak anakanda Hasif lari takut kena hujan. Erm….aku bgn tidur dlm keadaan tenang dan tersenyum puas pagi ni. Hasrat nak mimpi pasal arwah tercapai gak. Moga arwah bahagia di sana…

Tak sabar nak ziarah pusara arwah hujung minggu ni buat pertama kali…Tunggulah…InsyaAllah ibu akan melawat pusaramu nanti. Moga Allah terus berikan ibu kekuatan sayang….

Tuesday, July 27, 2010

Satu Rasa untuk Dia....

Saat2 bahagia membina istana pasir di Pulau Pangkor..love this moment!!

Baru sehari berpisah dengan hubby rasanya bagai masa berlalu teramat perlahan.Semalam En.Wap bertolak balik ke Kulim, meneruskan tugasnya seperti biasa. Rindunya pada si boolat tu. Tapi sejak kebelakangan ni nampak badan En. Wap makin susut, bila ditanya sebabnya dia menjawab jarang keluar makan, takde teman...Kesiannya..Yang pasti En.Wap memang jenis tak boleh berlapar, mesti angin kus kus dia akan dtg menyerang.Huhuhu...Balik je kg 3 hari lepas dia cakap aku kena start memasak balik bila abis pantang...Hurm, kesian gak, sepanjang kawin ni jarang2 je masak kat rumah. Agaknya boleh dibilang dengan jari.

Sempena Ramadhan yg bakal menjelang ni, InsyaAllah nak berazam masak kat rumah. Harap-harap boleh balik kerja awal daripada Ramadhan lepas dan masak masakan simple untuk berbuka.Itu azam untuk hubby lepas ni. Kesian gak, sejak akhir2 ni rasa selfish pun ada dgn hubby, asyik nak minta dia pampered kita je. Agaknya emosi terlebih sensitif dgn pemergian anakanda kami. Bila direnung2 kembali hubby memang penguat semangat.Tanpa kekuatan hubby, rasanya aku boleh jadi lemah. En.Wap memang seorang yang tabah, kadang2 aku membayangkan betapa kuatnya dia memandikan arwah anakanda Hasif di ribaannya buat kali pertama dan terakhir. Katanya itu kali pertama dia memandikan baby. Dapat aku bygkan bagaimana dia meratakan air di seluruh badan anakanda kami dan dapat aku bygkan dia tidak tidur semalaman menemani jenazah anakanda Hasif sebelum dikebumikan keesokan paginya. En. Wap lebih redha dan tenang menerima kenyataan. Dia byk memujuk saat2 aku tersasar emosi, katanya..."kita dah hantar dia ke tempat elok,kita tahu tempat dia dah di syurga...tujuan kita membesarkan anak untuk ke syurga juga. Sekurang2nya kita bertuah sebab kita dah tahu nasib anak kita di syurga...orang lain belum tentu"...Lega mendengar pujukannya. Pujukan seorang yg memang dekat di hati aku.Dia memang benar2 memahami dan aku benar2 bersyukur ditemukan jodoh dengannya, seorang insan biasa tetapi teramat istimewa untukku...yang sentiasa mengajar dan menegur apa yg betul dan salah. Yang menjadikan aku seorang yg lebih baik dr sebelumnya....thanks for being my companion for this whole life.......:p...

Wednesday, July 14, 2010

Bahana Kipas....

Malam tadi tido sorang2 di bilik. 2 mlm berturut2 mata susah sgt mengantuk.... 2 mlm jugak tidur berendam air mata. Sunyi dan bosan...Mulut tak putus2 membaca ayat2 suci dan berjaya jgk tido lebih kurang pkul 2pg. Sedar2 saja, bdn mengigil kesejukan. Bahana kipas terpasang dgn kelajuan maksimum....apatah lagi bdn org berpantang alergik dgn sejuk. Dalam keadaan mengigil jugak terdgr bunyi mak sdg mandi utk bersiap ke surau utk solat Subuh. Langsung tak terdaya nak memanggil mak utk matikan kipas. Aku gosok bdn yg berselubung dgn comforter. Rasa mcm separuh mati, agak lama kemudian aku gagahkan diri utk bgn. Kipas dimatikan...Lega...Nyesal tido sorg2. Malam ni harap2 dpt tido dgn aman..........Ameen...

Monday, July 12, 2010

Mengenangmu...Anakanda Ahmad Hasif

Hari ketujuh berpantang….badan semakin pulih, emosi makin stabil walaupun kdg2 bercampur baur. Antara ingin mengingati saat manis menatap wajah si kecil dan tubuh mungil milik arwah anakanda Ahmad Hasif, antara ingin melupakan saat yg paling indah dlm hidup itu, semuanya terletak dlm pilihan hati seorang ibu. Pada aku, aku cuba mengimbas detik-detik pemergiannya.Hari kesembilan selepas overdue tarikh jangkaan bersalin, tanggal 4 Julai 2010, aku bangun disambut dgn gerakan aktif Ahmad Hasif dlm kandungan. En. Wap sendiri bertanya sama ada bb bergerak aktif atau tak… Malah aku ambik tangan En. Wap merasa sendiri anaknya yg aktif. Memandangkan hari itu aku kena admit di dlm wad untuk diinduce, aku lebih teruja dan tidak sabar. Malah semasa mandipun dapat kulihat perut ku senget ditendang si kecil. Segala2nya berubah bila kami sampai di HKB, pemeriksaan awal mendapati tiada degup jantung di kesan pada baby, aku ternyata benar2 blur. Tiada air mata yang menggambarkan perasaaan aku saat itu. Beberapa doctor dan jururawat mengerumuniku. Aku mati kata…Speechless. Sehinggalah seorang doktor pakar mendekatiku dan bertanyakan bila kali terakhir bb bergerak. Aku blur sehingga menjawab pagi dlm pukul 9pg, padahal semasa mandi lebih kurang pukul 3ptg pun aku merasakan gerakan itu. Doktor memberi pilihan sama ada aku ingin melahirkan anak secara natural atau ingin diinduce. Aku memberi jawapan, ingin berbincang dengan suami dan keluarga. Aku keluar mendapatkan En.Wap, air mata aku bercucuran. Tiada kata yg mampu aku luahkan, dia terkejut dgn keadaanku…Hanya sepatah kata yg mampu aku keluarkan, “bb dah takde”. Kami berpelukan. Selepas keadaan tenang, kami sepakat untuk memilih untuk diinduce.

Sepanjang malam, aku tidak lena tidur. Tangan ku asyik mengusap perut yg kutahu memang tiada nadi. Sekurang2nya itu mlm terakhir aku bersamanya. Melahirkannya pada tanggal 5 Julai 2010 seberat 2.9kg, aku hanya menatap sekilas tubuh mungilnya. Tiada tangisan seperti di wad bersalin yg lain, hanya wajah sayu jururawat dan doktor dan insan yg plg kosong perasaannya adalah aku. Tiada air mata yg tumpah di pipi kerana sepanjang mlm td aku cuba bermuhasabah dan redha dgn ketetntuanNya. Bila jasadnya diletakkan di sebelahku, aku pandang sekujur tubuhnya. Tentunya dia bergembira di syurga, tunggulah kami di syurga wahai anakanda…kerana sememangnya kau bertuah kerana tidak sempat mengenal tipu daya dunia. Tidurlah sayang…InsyaAllah sampai masa kitakan berjumpa.

Akan ibu kenang saat kelahiranmu sebagai kenangan manis dalam hidup ibu. Ibu akan mengingati saat2 kita bersama selama hampir 42 minggu. Biarpun tanpa tangisan cukuplah ibu dan abah namakanmu Ahmad Hasif. Jasadmu disemadikan di sebelah pusara arwah datukmu agar kami takkan melupakan kehadiranmu dalam hidup kami.

Terima kasih kepada kawan-kawan yg tak habis2 memberi dorongan. Dugaan seperti ini buatkan aku bersyukur sesungguhnya kami masih dlm rahmat kasih sygNya.


Foto diambil pada 25 Jun 2010, the Day he expected to be born........

Friday, June 18, 2010

Menanti dengan sabar

Sekarang, sudah genap 39 minggu usia bb, erm....tertanya2 gak bila la si kecik ni nak kuar...tinggal seminggu lagi utk due...jumaat depan, 25 Jun. Erm, bila call hubby tanya bila agak2 bb nak kuar, En. Wap akan cakap, takpe nak bagi bb lagi besar dan lagi kuat dlm kandungan. Erm, InsyaAllah...Entah2 bb nak tunggu En. Wap balik dulu agaknya...lamanya...minggu depan En. Wap balik....rindu kat mamat montel tu...takde org dah nak dikacau....takpe...kalo bb still nak duk dlm....En.Wap balik khamis depan.....uhuhuhuh...sebenarnya takut sgt...but mmg berdebar2 dan tak sabar. Harap bb kuatkan semangat bila mula melihat dunia ni ek...Itulah doa utk sban waktu...