Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, July 27, 2010

Satu Rasa untuk Dia....

Saat2 bahagia membina istana pasir di Pulau Pangkor..love this moment!!

Baru sehari berpisah dengan hubby rasanya bagai masa berlalu teramat perlahan.Semalam En.Wap bertolak balik ke Kulim, meneruskan tugasnya seperti biasa. Rindunya pada si boolat tu. Tapi sejak kebelakangan ni nampak badan En. Wap makin susut, bila ditanya sebabnya dia menjawab jarang keluar makan, takde teman...Kesiannya..Yang pasti En.Wap memang jenis tak boleh berlapar, mesti angin kus kus dia akan dtg menyerang.Huhuhu...Balik je kg 3 hari lepas dia cakap aku kena start memasak balik bila abis pantang...Hurm, kesian gak, sepanjang kawin ni jarang2 je masak kat rumah. Agaknya boleh dibilang dengan jari.

Sempena Ramadhan yg bakal menjelang ni, InsyaAllah nak berazam masak kat rumah. Harap-harap boleh balik kerja awal daripada Ramadhan lepas dan masak masakan simple untuk berbuka.Itu azam untuk hubby lepas ni. Kesian gak, sejak akhir2 ni rasa selfish pun ada dgn hubby, asyik nak minta dia pampered kita je. Agaknya emosi terlebih sensitif dgn pemergian anakanda kami. Bila direnung2 kembali hubby memang penguat semangat.Tanpa kekuatan hubby, rasanya aku boleh jadi lemah. En.Wap memang seorang yang tabah, kadang2 aku membayangkan betapa kuatnya dia memandikan arwah anakanda Hasif di ribaannya buat kali pertama dan terakhir. Katanya itu kali pertama dia memandikan baby. Dapat aku bygkan bagaimana dia meratakan air di seluruh badan anakanda kami dan dapat aku bygkan dia tidak tidur semalaman menemani jenazah anakanda Hasif sebelum dikebumikan keesokan paginya. En. Wap lebih redha dan tenang menerima kenyataan. Dia byk memujuk saat2 aku tersasar emosi, katanya..."kita dah hantar dia ke tempat elok,kita tahu tempat dia dah di syurga...tujuan kita membesarkan anak untuk ke syurga juga. Sekurang2nya kita bertuah sebab kita dah tahu nasib anak kita di syurga...orang lain belum tentu"...Lega mendengar pujukannya. Pujukan seorang yg memang dekat di hati aku.Dia memang benar2 memahami dan aku benar2 bersyukur ditemukan jodoh dengannya, seorang insan biasa tetapi teramat istimewa untukku...yang sentiasa mengajar dan menegur apa yg betul dan salah. Yang menjadikan aku seorang yg lebih baik dr sebelumnya....thanks for being my companion for this whole life.......:p...

1 comments:

DeLLa said...

sedih aku baca...