Salah satu pic scan masa preggy. Hanya pic yg ni plg ok as he was in the perfect shape and perfect position in my tummy....11wks old.
Sejak pemergian anakanda Hasif, aku ingin sgt bermimpi psl arwah. Setiap malam sebelum tidur, aku berdoa agar dia muncul dalam mimpi aku. Untuk melepaskan rindu yg aku seorang saja memahaminya. Rindu setelah berpisah jasadnya. Aku teringatkannya setiap pagi menyapu gel di perut sblm berbenkung, juga rindu setiap kali berbaring atau tidur tanpa ada lagi bantal kecil yg perlu kuletakkan utk mengampu perut yg sarat. Rindu bila meraba perut yg mula kempis tiada isi. Bukti yg menyedarkan aku yg dia sudah pergi. Kerapkali aku memujuk diri, dia akan menanti kami di
Mungkin kerana aku mula melupakan raut wajahnya, ya aku akui aku mula kabur tentang wajah anakanda…yg masih kuat dlm ingatan aku kulitnya yg ketara benar putih merahnya dan juga rambutnya yg sedikit ikal. Selebihnya aku mula samar2 mengingatinya. Alhamdulillah, malam tadi aku bermimpi arwah anakanda Hasif buat pertama kali. Mimpi aku menjaganya sepenuh kasih syg. Dalam mimpi tu aku seolah2 terlampau obses takut dia jatuh sakit. Kulitnya yg putih pink, hidung besar mcm aku gak, hehehe..dia byk tidur je dlm pangkuan aku. Dalam mimpi tu macam betul je sebab aku tak boleh susukan dia sebab air susu aku takde. Aku jaga dia sebab rasa dahinya panas. Aku letak kapas yg dibasahkan di dahinya. Tapi yg aku hairannya mimpi tu berlaku di sebuah
Tak sabar nak ziarah pusara arwah hujung minggu ni buat pertama kali…Tunggulah…InsyaAllah ibu akan melawat pusaramu nanti. Moga Allah terus berikan ibu kekuatan sayang….
1 comments:
sedih aku....
Post a Comment