Hari ketujuh berpantang….badan semakin pulih, emosi makin stabil walaupun kdg2 bercampur baur. Antara ingin mengingati saat manis menatap wajah si kecil dan tubuh mungil milik arwah anakanda Ahmad Hasif, antara ingin melupakan saat yg paling indah dlm hidup itu, semuanya terletak dlm pilihan hati seorang ibu. Pada aku, aku cuba mengimbas detik-detik pemergiannya.Hari kesembilan selepas overdue tarikh jangkaan bersalin, tanggal 4 Julai 2010, aku bangun disambut dgn gerakan aktif Ahmad Hasif dlm kandungan. En. Wap sendiri bertanya sama ada bb bergerak aktif atau tak… Malah aku ambik tangan En. Wap merasa sendiri anaknya yg aktif. Memandangkan hari itu aku kena admit di dlm wad untuk diinduce, aku lebih teruja dan tidak sabar. Malah semasa mandipun dapat kulihat perut ku senget ditendang si kecil. Segala2nya berubah bila kami sampai di HKB, pemeriksaan awal mendapati tiada degup jantung di kesan pada baby, aku ternyata benar2 blur. Tiada air mata yang menggambarkan perasaaan aku saat itu. Beberapa doctor dan jururawat mengerumuniku. Aku mati kata…Speechless. Sehinggalah seorang doktor pakar mendekatiku dan bertanyakan bila kali terakhir bb bergerak. Aku blur sehingga menjawab pagi dlm pukul 9pg, padahal semasa mandi lebih kurang pukul 3ptg pun aku merasakan gerakan itu. Doktor memberi pilihan sama ada aku ingin melahirkan anak secara natural atau ingin diinduce. Aku memberi jawapan, ingin berbincang dengan suami dan keluarga. Aku keluar mendapatkan En.Wap, air mata aku bercucuran. Tiada kata yg mampu aku luahkan, dia terkejut dgn keadaanku…Hanya sepatah kata yg mampu aku keluarkan, “bb dah takde”. Kami berpelukan. Selepas keadaan tenang, kami sepakat untuk memilih untuk diinduce.
Sepanjang malam, aku tidak lena tidur. Tangan ku asyik mengusap perut yg kutahu memang tiada nadi. Sekurang2nya itu mlm terakhir aku bersamanya. Melahirkannya pada tanggal 5 Julai 2010 seberat 2.9kg, aku hanya menatap sekilas tubuh mungilnya. Tiada tangisan seperti di wad bersalin yg lain, hanya wajah sayu jururawat dan doktor dan insan yg plg kosong perasaannya adalah aku. Tiada air mata yg tumpah di pipi kerana sepanjang mlm td aku cuba bermuhasabah dan redha dgn ketetntuanNya. Bila jasadnya diletakkan di sebelahku, aku pandang sekujur tubuhnya. Tentunya dia bergembira di syurga, tunggulah kami di syurga wahai anakanda…kerana sememangnya kau bertuah kerana tidak sempat mengenal tipu daya dunia. Tidurlah sayang…InsyaAllah sampai masa kitakan berjumpa.
Akan ibu kenang saat kelahiranmu sebagai kenangan manis dalam hidup ibu. Ibu akan mengingati saat2 kita bersama selama hampir 42 minggu. Biarpun tanpa tangisan cukuplah ibu dan abah namakanmu Ahmad Hasif. Jasadmu disemadikan di sebelah pusara arwah datukmu agar kami takkan melupakan kehadiranmu dalam hidup kami.
Terima kasih kepada kawan-kawan yg tak habis2 memberi dorongan. Dugaan seperti ini buatkan aku bersyukur sesungguhnya kami masih dlm rahmat kasih sygNya.
Foto diambil pada 25 Jun 2010, the Day he expected to be born........
2 comments:
sabar la ye..setiap yg berlaku ade hikmah
lina, Sebak juga saya membaca n3 tu. Pasti ada hikmah yg tersembunyi, Allah Maha tahu yg mana terbaik utk kita.Moga lina dan suami tabah hadapinya.
Post a Comment