Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, August 21, 2010

Amatur Chef: Projek Sosej Roll Puff

Ahad lepas excited betul shopping barang2 rumah setelah sekian lama ‘bersara’ dari dunia dapur ni…Huhu…Lepas mengemas apa yg dibeli, barulah segar mata melihat barang2 tersusun rapi di dalam peti sejuk. Best2…Hehehe…Sebelum balik ke rumah mertua di Parit Buntar untuk berbuka puasa, aku sempat la mebuat resepi instant, Sosej Roll Puff. Haha, sebenarnya saja2 nak menguji En.Oven yg baru dibeli. Dalam beberapa minit je dah siap untuk dibakar and En. Wap mengambil tugas untuk membakar. Resepi sebenarnya dihentam keromo…dan hasilnya sungguhlah tidak berapa cantik, berbeza sungguh dgn foto resepi diambil di internet..huhuhuh..To be honest, rasanya liat bila dimakan….hahahha…salah tukang pembakar agaknya…:p…So kami sempat la membuat post mortem terhadap kebolehan En.Oven…Konon2nya En.Oven tidak berkemampuan untuk membakar dengan kadar suhu yg setara, buktinya apabila puff yg disusun di tengah kurang masak berbanding dgn puff yg disusun pada bahagian tepi. Kami pula asyik menambah masa membakar sedangkan masa yg dicatat dalam resepi hanya 20 minit.Haha…Agaknya salah si amatur chef ni kot…tak pandai mengunakan kebolehan En.Oven pada kadar yg optimum…hehehe…

So I think it’s better for the pictures to tell how bad I’m in cooking and baking…But for a first timer, it’s not sooooo bad rite…;p…

Masih kelihatan elok dalam oven....

Rupa puff setelah masak, ada yg 'pecah perut ', yg tengah kurang masak, yang tepi macam orang kulit hitam berjemur.huhu...


Close up sikit...Showing that I'm not a good cooker..Haih....


0 comments: