Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, February 2, 2010

My ex and new hobby...:p....

Sejak kahwin dan bekerja di bidang ni, rasanya aku lupa dah adakah aku orang yg mempunyai hobi. Sampai En. Wap memberi komen aku mmg orang yg takde sebrg hobi. Dulu, aku jenis insan yg suka membaca, dari surat khabar pembungkus nasi sehinggalah novel2 berat karya sasterawan negara. Sebut sahaja novel Shahnon Ahmad, Keris Mas, A. Samad Ismail, dari setebal2 buku aku mampu habiskan sampai skip waktu makan. Hasil dari “luasnya” ilmu membaca aku, semasa di Tingkatan 3, aku memenangi tempat Kedua dalam pertandingan menulis esei seluruh negeri Kelantan. Rasanya itu pencapaian yang cukup membanggakan aku setakat itu. Sementelah pula esei aku dihantar last minute tanpa sempat diperiksa oleh guru kalau2 ada salah pengunaan tatabahasanya. Saat itu mmg aku ulat buku….

Masuk ke alam pekerjaan, dlm bidang construction saat itu, ditambah saja di tempatkan di site ofis, Masaku kdg2 terluang dan kdg2 sibuk, bergantung kepada isu di tapak. Tapi saat itu aku suka sangat berkebun. Sanggup aku cilok mana2 pokok bunga yg aku berkenan di tempat2 awam…hahahha. Aku hanya menanam bunga yg mengeluarkan bunga shj. Bagi aku, aku rasa puas bila tengok pokok2 mengeluarkan bunga. Rutin harian, lps subuh aku akan merumput di sekitar tanah sekankang kera dekat rumah teres yg disewa tu. Waktu petang, ada kesempatan aku akan godek apa yg patut. Sehinggalah, saat ruang tanah tu ibarat taman, ia menyebabkan aku megenali dan mula berkenalan dgn jiran2 di sekeliling. Aku ingat lagi waktu bunga ros mekar dan lebat berbunga, tak putus2 jiran aku mintak izin utk petik. Nasib baik la aku ni “baik hati”, bagi dlm separuh rela. Belum lagi bab bunga tu di petik anak2 kecik jiran sebelah…adui sakit ati plak rasa.

Sekarang, aku ada terfikir apa hobi baru yg perlu aku buat tanpa semangat “hangat2 tahi ayam”. Dengan bidang kerja baru sejak setahun lps, masa ku benar2 terhad dan terbatas. Balik ke rumah, mmg penat mungkin sbb seharian memerah otak. To be true, penat berfikir memang seksa. Sesampai rumah, rasa nak “hibernate” saja. Too tired to move or think. Belum lagi time peak season utk all my projects…Surely kena fight to expedite everything to move faster..The most difficult person to handle here is our SCM team..grrrr…good person but you cannot trace is it the true info that u should know. Last2 “buta” je kena tembak ngan customer. As a lesson learn, need to think, need to be one step ahead than him. Susah…second person is our prod manager..Grr…macam singa. Sblm mengadap dia kena prepare all the right data, dlm bahasa senang, sebelum kena tembak, make sure kena pakai baju kalis peluru. Now, he’s quite okay dah sikit. Mungkin dah tau mcm mana cara kita kerja agaknya. Scope kerja skrg, you need to handle ur team member from 10 depts, from commercial, material, engineering, production, planning dan bla2…. At first kerja, rasa macam bola…I dun’t even know what all dept do….Huhuhu…Kerja dulu semua org just update dekat kita je progress….project coordinator, safety officer, site supervisor, subcon…Just in that scope. Sekarang, everything need to push all ur team member to do their job, get an update from them. Penat dan bidang mfg mmg penat. Kalau ada new product jalan je, of course need to stay back smpai mlm…Need to update customer in single details…esp. Motorola group. But, kerja ni memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan utk bermain dgn people attitude. You should know how to use your team member…En. Wap pernah cakap aku jenis org yg suka mengarah dan mendesak, tak boleh jadi cikgu kesian kat anak murid, hahahha…aku rasa I’m not that type of person…my bestie surely know it…hahhaa…Dat’s how ur job will influence ur character.

Sekarang, bila aku sibuk dok mengodek2 blog ni bagi comel n cute mcm tuannya…:p….En. Wap tanya, kenapa beria2 buat blog. Aku cakap nak update psl kehidupan, nak buat hobi baru…ala2 macam diari. Dia komen cuba bgtau apa beza diari ngan blog? Cuba check kat Wikipedia…Dia ckp semua dok ikut trend..sbb semua org berblogging. Aku yg mmg separa lembap dlm editing blog ni rasa panas telinga, di tambah plak coverage broadband yg mcm hampeh, uih cukup menguji kesabaran. Tapi aku tahu, suamiku tu mmg jenis kuat mengusik, tambah2 lagi suka provoke bini dia yg cepat melenting. Aku cakap that’s my new hobby, jgn komen!!! Hahahaha…

So, kat bwh aku tempek maksud blog dr Wikipedia atas soalan En. Wap apa beza blog ngan diari…Blog ke, diari ke? Sama je Budak Bucuk oii….:P…

A blog (a contraction of the term "web log")[1] is a type of website, usually maintained by an
individual with regular entries of commentary, descriptions of events, or
other material such as graphics or video. Entries are commonly displayed in
reverse-chronological order. "Blog" can also be used as a verb, meaning to
maintain or add content to a blog.
Many blogs provide commentary or news on a particular subject; others function as more personal
online diaries.


Harap2 aku akan kerap la update blog ni ek….Hehehe…byk lagi nak kena edit blog ni terpaksa dihentikan atas "gangguan mental" dari sang suami...Byk lagi nak share after this….hehehhe

1 comments:

DeLLa said...

ye la long..jgn hangat2 taik aye...haha