Alhamdulillah, itu saja yg mampu diucapkan sekarang dan harapnya bb akan terus membesar sempurna akal fizikalnya di dlm rahim. Hari Selasa lepas, sebelum bertolak balik ke Kedah, aku dan En. Wap bersiap utk ke KB, berjumpa dgn Doc pakar di KBMC. Sekurang2nya dia boleh scan 2D utk mengesahkan if there’s any abnormality kat bb.
Rasa takut, berdebar2 pun ada, tambahan pula dgn mood En. Wap yg tak menentu plak tu. Nak ajak menyembang, dia hanya jawab sepatah2 sahaja masa on the way ke KBMC.
Sabar saja la…
Sampai saja, doc pakar tak ada dan receptionist kat sana suruh kitaorg refer dekat seorg lagi pakar sakit puan, Dr. Suzi yg mana dia support part time utk KBMC. Lps tu kami bertolak ke klinik Dr. Suzi, nasib baik tidak jauh sgt ditambah pulak dgn cuaca panas dan jalan sesak di KB.
Menunggu hampir sejam, kami berjumpa dgn Dr.Suzi yg mmg pada pandangan aku sejuk mata memandang, bertudung labuh dan berjubah kelabu, senyumannya lembut sedikit sebyk melegakan hati aku yg runsing. Kami meyuarakan masalah yg bb kami suspected with CDH. Dari riak muka dia mcm terkejut dan dia bgtau dia akan scan dan confirm kalo ada sumthing pelik kat bb.
Jenuh juga Dr. Suzi memfokus dan mencari kalo2 ada abnormality kat bb. Malah, dia close up ka tarea diafragma dan katanya semua ok. Even, aku sendiri nampak garis cross sectional diafragma bb dgn jelas. Perasaan lega di hati kami saat itu. Malah berat bb almost ½ kg skrg, which is normal for 5mnths preggy.
Lepas je kami berpuas hati dgn penerangannya, Dr. Suzi cuba mengesahkan jantina bb kami. But, bb memang bergerak2 aktif, malu nak tunjuk agaknya….so tak dapatla kami menentukan jantinanya. Tak kisahla…yang penting bb sihat dan kuat…hehehhee…
Rasanya seminggu yg lalu, benar2 memberi kami pengajaran, Allah masih menyayangi kami dgn sedikit ujiannya..Mungkin mahu mengutuhkan lagi kasih syg antara kami. Syukur sgt2, dan terima kasih semua atas doa dan dorongan dari rakan2…InsyaAllah…segala ujian yg diturunkan adalah sbg tanda kita masih berada di dlm rahmatNya…Syukur pdMu yg tak terhingga….
Thursday, February 18, 2010
Alhamdulillah
Posted by Lina at 10:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tahniah jugak....
k.ina bukan setakt berdondang sayang siap mabuk mabuk lagi... sabar ajalah...
aku tau dah..aku mmg bermimpi yg baby ko takde apa2..kuat tau instinct aku ni..hehe
alhamdulillah...jg diri bebaik yea..
Post a Comment