Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, September 20, 2010

Aidilfitri 2010- Edisi di Perak

Aidilfitri 2010 sudah berlalu hampir 12hari, erm….terasa indah untuk dibiarkan kenangan raya kali ini begitu saja tanpa sebarang catatan buat kenang-kenangan. Tahun ini raya kedua aku sambut bergelar isteri orang, jadi giliran tahun ni kami beraya di Parit Buntar kemudian baru berhari raya di Kelantan.

Best dan meriah rupanya beraya dengan keluarga mertua. Penat sesangat tapi berbaloi dengan kemeriahan suasana hari raya. Tahun ni kiranya tahun kedua tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri, jadi tugasnya aku diarah untuk “standby” apa yg patut untuk diserang selepas solat raya.

Kelaziman untuk keluarga hubby, semua ahli kariah yang datang solat aidilfitri akan berkunjung ke rumah mereka sejurus habis solat. Jarak surau arwah ayah mertua pun lebih kurang beberapa langkah je dari rumah, tak heranlah rumah akan diserbu selepas itu. Kali ini agaknya ringan la sikit kerja2 melayan tetamu untuk akak dan adik ipar aku, hehehe..

Bagi adat keturunan melayu Banjar, mereka kebiasaannya menghidang juadah di dalam talam. Nampak penuh ngan tatatertib dan penuh santun je mereka di sini. Aku pun tengah dalam proses nak “digest” adat2 mereka.

Keluarga hubby memang sebuah keluarga yang besar. Adik beradik seramai 11 orang dan sudah tentu anak2 sedaranya ramai yang sudah besar panjang dan memiliki anak. Sampai kadang2 anak2 sedara yg kecik2 panggil “kak” saja kat aku. Perasan muda kejap…Aku sendiri pun datang dari keluarga yang besar, taklah terasa kekok sgt untuk bergaul dengan mereka. Tambahan pula anak2 sedara ramai yang agak2 sebaya dengan umur sendiri. Kekadang sampai lupa ngan nama2 mereka...huhuhu...tambahan yang kecik2...haru betul!!

Menjelang tengahari, tetamu makin reda, jadi saat inilah aku, akak dan adik ipar meloloskan diri ke rumah kak ipar kami di sebelah rumah je untuk beraya. Walaupun juadah yg dihidangkan hampir sama dengan di rumah, aku tetap sumbat jugak juadah, lain orang masak lain rasanya ye tak??...

Kebetulan ada ahli kariah surau yang mengajak kami ke majlis untuk naik ke rumah baru. So, kami beramai2 jalan kaki ke rumah tu, yang kecik2 berpimpin tangan, sungguh comel dan meriah…macam lagak nak gi meminang anak dara kami berarak ke sana. Nasib baik cuaca mendung, so kami beraya sakan sambil hirup udara dari bendang..

Dalam perjalanan balik sempat singgah sebuah lagi rumah sambil melawat saudara sekampung yang sakit. Kesian je aku tgk, suami makcik tu baru saja meninggal sebelum puasa, meninggal pun agak mengejut, aku dapat rasa makcik tu macam lemah semangat je suami dia dah takde, doktor sahkan dia ada mengidap minor Parkinson..Aku tgk setiap kali bercerita, muka dia mcm takde perasaan, tapi dalam hati kami tahu dia dlm kesedihan…Air mata aku bergenang jek, sedih kalau ditakdirkan orang paling rapat dgn kita pergi dulu.

Lps tu kami balik berehat, solat dan lps zohor kami start beraya beramai2 ke rumah saudara mara lain. Keseluruhannya, gembira sangat2 sebab terasa macam beraya dengan keluarga sendiri. Punyalah tak sedar beraya, sampai adik kat kelantan hantar sms mak suruh call balik. Kesian mak, terasa sbb aku takde kat kg, dari malam raya sampai pagi raya lagi aku try call, tapi nyata line bz sungguh. Last2, sakan sangat beraya sampai terus terlupa…huhuhu..

Kat bawah ni foto2 kami berhari raya……..BEST!!!

Beraya beramai2 di sebelah petang raya...

Sibuk ambik shift pagi untuk basuh pinggan mangkuk...sakit pinggang oii...

Posing dengan En.Wap yang makin montel...kaler baju kami tak match la plak, huhu!

Posing dengan adik beradik ipar...dari kiri:Icah, akak, Munir, En.Wap n me...

Ahli kariah surau yang sibuk menjamu selera...

Suasana raya yang meriah.....sibuk menyembang, sibuk makan...

Me n mother in law.....so sweet of her!!!

p/s: Next update...Aidilfitri 2010 Edisi di Kelantan plak ye..

1 comments:

DeLLa said...

amboiii..bestnya dia....