Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, August 23, 2010

Juadah Buka puasa


Hari ni ofis internet down, fuh lps lunch baru internet ok, tu pun 1st half masa kat opis amat2lah memboringkan. Hasrat untuk melayani internet untuk mencari resepi untuk berbuka sekaligus terbantut. Meeting at morning, nothing much to update since I was away about two months and all the projects transfer were at beginning of the stage. Betul2 memboringkan, hari ni juga flu semakin kronik, sapu tgn selalu saja menemani.

On the way balik keje petang, tanya En.Wap sama ada dia ada idea untuk lauk berbuka, walaupun dlm kepala sudah ada beberapa menu simple. Sampai rumah dlm pkul 6.15ptg dan bergegas masak nasi, buat rencah untuk perap ayam berempah dan semuanya siap dlm sejam kemudian, penat walaupun sempat siap 3 menu ringkas jek...Huhu...kena meningkatkan lagi tahap kecekapan di dapur. Penat but puas hati dapat makan lauk dari rumah.
Juadah simple yg sempat dimasak hari ni..nampak ayam tu hitam legam la plak...tak cantik langsung!!!

En. Wap puji ayam goreng berempah sedap dan bercadang untuk jadikan salah satu lauk untuk berbuka bersama kwn2nya hujung minggu ni. Huhu...penat lagi...6 psgn tetamu termasuk kami. Dah ada beberapa menu, harap2 niat ikhlas nak berbuka puasa ngan kwn2 nanti menjadi....InsyaAllah..

p/s: Puan Della, sila jgn jeles...anda juga dijemput berbuka kalo mau "naik" ke utara ni noh!!!


Saturday, August 21, 2010

Amatur Chef: Projek Sosej Roll Puff

Ahad lepas excited betul shopping barang2 rumah setelah sekian lama ‘bersara’ dari dunia dapur ni…Huhu…Lepas mengemas apa yg dibeli, barulah segar mata melihat barang2 tersusun rapi di dalam peti sejuk. Best2…Hehehe…Sebelum balik ke rumah mertua di Parit Buntar untuk berbuka puasa, aku sempat la mebuat resepi instant, Sosej Roll Puff. Haha, sebenarnya saja2 nak menguji En.Oven yg baru dibeli. Dalam beberapa minit je dah siap untuk dibakar and En. Wap mengambil tugas untuk membakar. Resepi sebenarnya dihentam keromo…dan hasilnya sungguhlah tidak berapa cantik, berbeza sungguh dgn foto resepi diambil di internet..huhuhuh..To be honest, rasanya liat bila dimakan….hahahha…salah tukang pembakar agaknya…:p…So kami sempat la membuat post mortem terhadap kebolehan En.Oven…Konon2nya En.Oven tidak berkemampuan untuk membakar dengan kadar suhu yg setara, buktinya apabila puff yg disusun di tengah kurang masak berbanding dgn puff yg disusun pada bahagian tepi. Kami pula asyik menambah masa membakar sedangkan masa yg dicatat dalam resepi hanya 20 minit.Haha…Agaknya salah si amatur chef ni kot…tak pandai mengunakan kebolehan En.Oven pada kadar yg optimum…hehehe…

So I think it’s better for the pictures to tell how bad I’m in cooking and baking…But for a first timer, it’s not sooooo bad rite…;p…

Masih kelihatan elok dalam oven....

Rupa puff setelah masak, ada yg 'pecah perut ', yg tengah kurang masak, yang tepi macam orang kulit hitam berjemur.huhu...


Close up sikit...Showing that I'm not a good cooker..Haih....