Hari ni bukak je mailbox dapat satu artikel yg menyentuh hati aku...sekadar ingin berkongsi dgn anda. Walaupun panjang tapi berbaloi utk dibaca....
Perempuan miskin, lembu tua dan Gaza
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.
Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.
Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.
"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.
(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din )
Friday, February 20, 2009
~Sekadar Renungan~
Posted by Lina at 10:50 AM 2 comments
Monday, February 16, 2009
Peberet Movie I've ever seen!!
For what it's worth: it's never too late or, in
my case, too early to be whoever you want to be. There's no time limit, stop
whenever you want. You can change or stay the same, there are no rules to this
thing. We can make the best or the worst of it. I hope you make the best of it.
And I hope you see things that startle you. I hope you feel things you never
felt before. I hope you meet people with a different point of view. I hope you
live a life you're proud of. If you find that you're not, I hope you have the
strength to start all over again.
Kisahnya seorang lelaki yg bernama Benjamin Button dilahirkan dgn kehidupannya berbeza dr manusia biasa. Dilahirkan sbg seorg yg tua, kehidupannya mula berundur menjadi lebih muda. Dilahirkan fizikal sbg bayi yg bekerepot dan hodoh, ayahnya meletakkan Benjamin di sebuah pusat penjagaan org2 tua. Benjamin dibesarkan oleh psgan kulit hitam sehinggalah dia berubah menjadi lebih dewasa. Disinilah Benjamin berdepan dgn lumrah kehidupan yg selalu berdepan dgn kematian. Untuk mengetahui lebih lanjut, rasanya bolehlah dptkan DVD or menonton terus di cinema yg berdekatan…Kat bwh ni adalah dialog2 yg menyentuh hati aku sepjg movie ni...
Your life is defined by its opportunities... even the ones you miss
It's a funny thing about comin' home. Looks the same, smells the same, feels the same. You'll realize what's changed is you….Dialog dr Benjamin ketika pulang dari merantau.
we're meant to lose the people we love. How else would we know how important they are to us? –
You never know what's comin' for ya – Kata2 dr ibu angkat Benjamin jika Benjamin susah hati dgn kehidupan yg bakal menantinya.
Blinded in one eye; can't hardly hear. I get twitches and shakes out of nowhere; always losing my line of thought. But you know what? God keeps reminding me I'm lucky to be alive..
p/s: suka scene Brad Pitt naik motor pakai jaket hitam ngan spek hitam...baru aku realize betapa handsomenya Brad Pitt...hehehe
Posted by Lina at 2:25 PM 4 comments
Friday, February 13, 2009
Valentine's Day...pada pandangan aku..........
Valentine's Day or Saint Valentine's Day is a holiday celebrated on February 14 by many people throughout the world. In the West, it is the traditional day on which lovers express their love for each other by sending Valentine's cards, presenting flowers, or offering confectionery. The holiday is named after two among the numerous Early Christian martyrs named Valentine. The day became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.No romantic elements are present in the original early medieval biographies of either of these martyr. ~di petik dari Wikipedia~
Jika dikaji sejarah mmg Valentine ni takde kena mengenapun hari berkasih sayang. Pelik…mcmana barat sudah menguasai pemikiran kita. Ibaratnya mcm hari ni ayam lumrahnya berkokok, tak mustahil suatu masa nanti barat boleh menguasai teori kita ayam akan mengembek….Itu kalau ikut logik la. Adakah disebabkan kita mudah dikuasai atau mmg barat cukup fanatik dlm menyebarkan benda2 tak sihat spt ni. Bagi aku, wlpun hari berkasih syg tu perlu, tapi rasanya pilihlah tarikh lain selain dari 14th Feb. Mungkin ramai yg kurang bersetuju dgn pandangan aku…tapi sepatutnya itulah yg sebaik2nya. Tarikh2 mcm ni selalu saja dipandang remeh, tapi bg aku mmg dr sekecil2 benda kita perlu titik beratkan….takut nanti menjadi budaya hidup.
Walaupun kdg2 byk sgt decoration atau sweet things wujud sempena valentine days ni. Sinonimnya pink dan merah selalu menjadi tema utk sambutan valentine. Memang cantik, tapi bukan kita yg nak meraikan. Malah sekarang byk shopping complex menjadikan valentine day sbg salah satu event besar diorang. Namun di Arab Saudi, penjualan brg2 sempena valentine’s day ni disekat dan diharamkan…Agaknya, boleh tak Malaysia buat macam tu?........
Posted by Lina at 2:57 PM 3 comments
Friday, February 6, 2009
BDK CINONET
Tgk gambar di atas, apa yg anda bayangkan. Betapa lasaknya budak cinonet ni tidur. Anak jiran aku ni tertidur slps penat bermain di rumah kitaorg….kesian!!
Harap2 anak aku besok takde la tidur tertonggeng mcm ni….sebab ibu dia jenis tidur “sopan”…hahahahaha…
p/s: Pn. Della, nanti Aqeed besar aku nak rekomen kat Aisyah la....hihihihihi....
Posted by Lina at 3:19 PM 3 comments
Monday, February 2, 2009
Hujung Minggu yg Memenatkan.....
Sabtu lepas, aktiviti aku penuh utk satu hari. Pepagi lagi aku, Kak Nana dan Aziah pergi ke Mengkuang Dam utk jogging. Memandangkan kesihatan aku yg tak berapa baik, aku just pegi sana utk jln2 dan menikmati pemandangan indah suasana tasik di waktu pg. Selepas selesai mereka berjoging, aku mengambil peluang utk menunjukkan skil yg tak seberapa bermain badminton. Penat bermain badminton, kami berjln2 ala2 trekking. Dalam pukul 9.30pg, kami bersepakat utk mengisi perut yg mmg lapar.
Sampai tempat yg dituju, masing2 membelasah roti canai dan milo ais. Lama gila tak enjoy mkn mcm tu. Sambil sembang kitaorg bersembang tentang menu utk lunch nanti. Kak Nana yg beria2 mahu masak ala2 seafood. Tapi kitaorg menolak disebbkan mlm seblm tu kami sudah melantak ketam di restoren seafood. Kenyang sgt2 sampai nak termuntah.
Bailk bfast, dalam pukul 11pg kami bergegas ke pasar pagi. Tanpa mandi, kami membeli apa yang patut. Balik rumah sekitar kul 12 lebih, aku terus menyiang ikan, udang dan ayam. Fuh, Kak Nana lgsg tidak menolong memandangkan dia la org paling pelik yg pernah aku kenal. Seumur hidupnya langsung tak pernah menyiang ikan dan hanya ikan kembung saja yg dimakan. So, mmg tugas tu diserahkan sepenuhnya pd aku. Keje dia menyiang sayur. Dalam dok berperang di dapur, kul 3 baru kami siap masak. Antara lauk2nya, ikan kembung masak gulai kuning, kangkung msk belacan, udang masak butter (tak berapa jadi), ayam msk halia, pergedil ayam, sambal belacan dan jgk ulam2. Dek kepenatan, kami hanya mampu mkn sedikit saja. Huhuhu…membazir sungguh!!
Asalnya kami ingin menonton filem MAUT tayangan 4.40 ptg. Kami bergegas pulak ke Sunway Carnival Mall…nyata filem MAUT sudah tidak ditayangkan....sedih betul sbb lepas check dlm paper, filem tu masih lagi di tayangkan….huhuhuh…so, msg2 decided nak tgk citer Bride Wars…tayangan 9.00mlm…Time tu baru saja pukul 5.20ptg. So, kami merayap ler sambil window shopping. Dapat gak la, sehelai baju ngan brg2 rumah sikit. Sempat gak melepak di Noodle Station setelah penat berjalan.Masa menonton citer Bride Wars, aku sedikit terkilan sbb sound system perlahan sgt. Rasa mengantuk pun ada. But, aku rasa berbaloi tengok cerita ni…dan tak sedar bila sound system dia ok balik.
Tagline dia pun menarik…
Even best friends can't share the same wedding day.
Erm…nak tahu tgklah sendiri sbb di akhir movie ni aku ngan Kak Nana nangis plak. Haru betul, aku tak nak nangis pun…Tapi bila melibatkan persahabatan ni…jadi sedih plak rasa…Mmg sepatutnya bila kita down dgn psgn kita, kita akan tercari2 sahabat kita utk meluahkan perasaan…sedih sgt time tu…Kerana satu perkahwinan impian, diorg melupakan persahabatan yg dah bertahun2…Erm...citernya lucu, romantic dan menyentuh hati…Mls nak ulas pjg2…aku tertarik ngan dialog2 kat bwh ni…
Sometimes in life there really are bonds formed that can never be broken. Sometimes you really can find that one person who will stand by you no matter what. Maybe you'll find it in a spouse and celebrate it with your dream wedding, but theres also the chance that the one person you can count on for a lifetime, the one person who knows you sometimes better than you know yourself is the same person who's been standing beside you all along.
Kami pulang ke rumah sekitar kul 11.30mlm. Selepas mandi, aku dan Aziah dipaksa oleh Kak Nana utk mkan mlm…menghabiskan makanan takut membazir…Lps mkn je terus zzzzzzzz……tak pernah enjoy weekend sampai tertekan sampai mcm tu…Takde rest langsung…..Lagi enjoy ke lagi tension?............Huhuhuhu…Penat Badan!!
Posted by Lina at 3:59 PM 3 comments