Hari ni genap 100 hari anakanda Hasif pergi meninggalkan kami...Pergilah sayang...Tidurlah dengan tenang, InsyaAllah pertemuan abadi kita akan menjelma, tak sabar untuk ibu menantikan saat2 itu.
Hari ini ibu sedekahkan surah yasin buat anakanda, sbg tanda rindu dan ingatan dari ibu. Ibu tak mampu membendung air mata walaupun jauh di sudut hati ibu gembira kerana anakanda adalah insan terpilih. Menjadi bidadara penghuni syurga...
Ya Allah, jadikan aku dari golongan hambamu yang terpilih untuk ke syurga, walaupun terasa tidak layak untuk meminta, tapi aku kepingin ke sana, ada anak kecil menantiku...mengusai rindu perpisahan di dunia....
Syukurku padaMu, kerana memberikan aku kekuatan untuk teguh berdiri walaupun apa pun dugaan. Syukur kupanjatkan..kerana mengajarkan aku sebuah keinsafan, aku insan yg serba tak upaya...serba lemah...Apapun, aku redho, kerana yg terbaik itu akan datang untukku, tidak di dunia, InsyaAllah moga2 di syurga....Amin....