Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, November 28, 2008

TiMe tO rELakS

Fuh......lega sgt sebab all of my first 3 NPI projects dah pun qualified utk launch dekat asia pacific, Europe and America. Lega setelah mcm2 isu timbul. Tapi 2 new projects dah konpem utk aku manage. Sekarang masih dlm early stage, so boleh la aku ngulat2 sikit di alam maya ni. Kerja hampir 5 bulan kat sini, aku rasa oklah setakat ni since aku boleh handle team member. But, my first 3 months here, I was like totally blur how the project was supposed to go. Nak plan ahead, aku tak tau apa outcomes yg dtg, so...aku hanya ikut rentak je waktu tu....Setkat aku involve dgn project, sekurang2nya aku stick ngan plan yg tak berubah2 tu, cuma delay or ahead tu biasalah dlm projek. But manufacturing projek ni plannya asyik berubah2...deal direct dgn R&D customer. Mmg meletihkan...Sampai nak gi keje, tgk mail berlambak pun aku dah trauma...email plak mcm mengarang surat cinta.....panjang berjela. Aku plk bukan tau sgt in terms of supply chain and business ni. Yang aku tau psl technical, itu pun sikit2. Huhuhuhu...tapi Alhamdulillah, dak ok dah sikit. Takde la teraba2 menyuluh dlm kelam dah....ada probs, cepat2 discuss ngan team sblum feedback balik ngan customer. At least pandai tackle team. Oklah walaupun kdg2 sakit ati ngan org2 production yg mcm2 peel...huhuhu...so bln ni aku takde overloaded sgt........time to rilex agaknya....

Ari ni aku dok godek2 blog ni, menghias apa yg patut, tu pun terhegeh2 blajar ngan Pn Della yg bijak benor bab2 blog ni...:p.aku plak mls nak try n error sendiri..senang tanya terus pd yg pakar...aku amik konsep pink bukan sebab aku suka pink pun, tapi nampak yg pink ok je dari yg lain...tp ramai ckp aku suka pink....yelah kot agaknya...:p...

Thursday, November 27, 2008

Jauh di sudut hati

Erm, lately aku rasa hopeless sangat. Mungkin banyak peristiwa mengejutkan dalam hidup aku. Tanggal 22 Nov lepas, ayah aku disahkan mengidap sakit leukemia. Erm, aku rasa aku sudah prepare mentally utk terima berita tersebut. Even, about a week dia kat hospital, hati aku tak tenang langsung. Kakak aku sendiri mengatakan dia masih lagi ceria dan petah bersembang. Takde apa yang berbeza secara batiniahnya, tapi secara fizikalnya, dia pucat akibat kekurangan darah. Namun, seleranya langsung tidak putus. Aku bersyukur kerana dia seorang yang cukup positif dari segala segi. Ceria dan baik hati. Tidak pernah memarahi anak-anaknya. Itu pun aku rasa cukuplah Allah tidak memberikan dia penderitaan dari segi kesakitan yang melampau. Erm, teringat kata2 adik aku yang menemaninya di hospital, Dia bukan jaga orang sakit, tapi jaga katil orang sakit, yang sakit dok menyembang dan tak duduk diam. Malah, yang lagi kelakar, ayah aku siap offer adik aku tidur atas katil dia kerana dia lebih suka merayap ke tempat lain. Yang pasti aku kenal sgt dgn perangai ayah aku yang kuat bersembang tu.

Sekarang, aku hanya redha. Aku kagum jadi anaknya dan ramai yg mengatakan aku byk mewarisi sikap2 nya…..betul ke?.........:p……..

Thursday, November 13, 2008

My story begins....

Erm....how to start? Tak tahu kenapa aku terasa ingin menulis apa yang terjadi dalam hidup lately. Mungkin sebab aku mula terasa free semula di tempat kerja or aku ingin share sumthing yg jadi dlm hidup aku. Today, emosi aku bercampur aduk....agaknyalah...:P...