Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, October 13, 2010

100 Hari......

Hari ni genap 100 hari anakanda Hasif pergi meninggalkan kami...Pergilah sayang...Tidurlah dengan tenang, InsyaAllah pertemuan abadi kita akan menjelma, tak sabar untuk ibu menantikan saat2 itu.

Hari ini ibu sedekahkan surah yasin buat anakanda, sbg tanda rindu dan ingatan dari ibu. Ibu tak mampu membendung air mata walaupun jauh di sudut hati ibu gembira kerana anakanda adalah insan terpilih. Menjadi bidadara penghuni syurga...

Ya Allah, jadikan aku dari golongan hambamu yang terpilih untuk ke syurga, walaupun terasa tidak layak untuk meminta, tapi aku kepingin ke sana, ada anak kecil menantiku...mengusai rindu perpisahan di dunia....

Syukurku padaMu, kerana memberikan aku kekuatan untuk teguh berdiri walaupun apa pun dugaan. Syukur kupanjatkan..kerana mengajarkan aku sebuah keinsafan, aku insan yg serba tak upaya...serba lemah...Apapun, aku redho, kerana yg terbaik itu akan datang untukku, tidak di dunia, InsyaAllah moga2 di syurga....Amin....

Friday, September 24, 2010

Rumah Kami di serang..

Sabtu lepas kami ke Sungai Petani untuk rumah terbuka Abang Wan, abang ipar. Makanan amatlah meriah dan jemputan pun hanya kenalan terdekat selain kami adik beradik. Bagaimana pun hari yang sama juga rumah kami di Kulim “diserang” oleh adik beradik hubby. Penuh umah kami malam itu. Semuanya berlaku secara mengejut, apa yg aku sempat masak hanya mee sanggul goreng dan kebetulan lasagne pertama kali aku buat menjadi…so menjadi habuan mereka walaupun tak sebanyak mana. Nasib baik sedap…(masuk bakul angkat sendiri!!)..yang kecik2 makan mee maggi…sbb kantoi diorg jumpa bekalan maggi En. Wap, so si kecik tu buat peel nak mkn jugak…terpaksa kak ipar aku msk dgn air panas n taruk kicap…tu pun berebut2 makan….huhuhuhu…siap habis dua paket malam tu untuk bdk kecik duaorg tu

Tak nak cerita banyak..just see the picture how happening umah terbuka megejut kami…..huhuhuhu….siap singgah mandi lagi, yg remaja siap melayari facebook, yg tua sembang2 termsk aku….happy sgt2!!


Sibuk menyembang!!Hidangan yg tak seberapa pun diorang makan..terharu!


Anak2 sedara yang posing comel!

Kedua2nya dipanggil Kak Cik, anak sedara yg pemalu+sopan

Bz dgn hal masing2 setelah penat makan

Menantu2 mak....aku plg hitam...

Sembang2 dgn ipar2 di rumah Abg Wan kat SP

Sibuk tgk profile facebook masing2


Aidilfitri 2010- Edisi di Kelantan

Edisi kedua raya, me n hubby bertolak dari Parit Buntar seawal 6.30pg hari raya ketiga. Kami berbincang samaada nak balik ikut jalan Kuala Kangsar ke Grik ataupun menempuh jalan shortcut,Jalan Sumpitan.Setelah mendengar macam versi mengenai Jalan Sumpitan, kami agak teragak2. Heran gak, En. Wap biasanya berani psl benda2 mistik ni...huhu. Nak sampai awal punya pasal, akhirnya hubby memilih untuk menggunakan jalan tu, for those yang tak tahu (macam ler ada ramai yg baca ni) Jalan Sumpitan pernah glamor dengan kejadian mayat isteri kedua Raja di Hilir Perak dicampak ke bwh jambatan. Malah, rombongan hubby balik ke Perak ikut jalan tu masa hadiri kenduri majlis kahwin kami, diorang terserempak dgn"lampu" yg terawang2 di udara megekori diorang. Huhu...seram gler...Hubby cakap, senang je nak jumpa hantu kat sana...lagi menambah rasa seram di hati...

Ok, berbalik kepada perjalanan kami tadi, serius...Jalan sumpitan adalah satu shortcut untuk ke grik...di mana lebar jalannya cukup2 untuk kenderaan, tak ada bahu jalan di mana terus dikelilingi bukit dan pokok2 hutan yg rapat2 memayungi jalan. Panoramanya sangat indah di mana ada jambatan yg dapat lihat kita tgk air terjun jatuh. ada 3 jambatan di mana kami dok berkira2 dalam hati saat itu, jambatan mana agak2nya yg mayat dijumpai tu...huhu
Saya bukan juga jenis yang penakut sangat, seawal 7.15pg kami mula memasuki jalan itu, memang sepatah2 je kami bersembang...serius kami memang kecut perut...hanya 2 buah saja kenderaan yang berselisih dengan kami sepanjang2 jalan itu.

Rasanya sepanjang aku memandu seorg saat balik kg masa zaman anak dara dulu, aku tak pernah pulak rasa seram macam tu...yg ni siap dok dgn En. Wap aku memang kecut.....Kalo sapa2 nak try experience tu, try la....:p

Oopps...Lari topik dah...kami sampai Kelantan dalam pukul 11pg lebih kurang. Cuaca amat2 panas sangat sampai hubby tertidur keletihan..ok...he just rest kat umah while me sibuk sembang ngan adik2 and update each about each other. Mak buat nasi dagang spesel utk sambut kami..lauk ayam ala2 kurma...sedap.....tak dapat buat gulai ikan tongkol sebab takde sapa yg boleh pegi pasar..no transport..abg balik kg wife dia kat gua Musang...so mak buat je lauk apa yg ada...tapi yg penting sedap....hari ni juga hari menngerjakan kuih raya saja...

Hari raya ke4, kami melaram 3 beradik dan pakat dgn kakak untuk balik kg nenek di Kuala Krai. Menjenguk nenek yg makin uzur dan jugak amik peluang untuk berurut dgn mak sedara yg memang pakar mengurut. Nenek sekarang tinggal dengan mak sedara kami yg bongsu...so, kami singgah sekejap jenguk orang tua tu. Lps tu sebab mengejar masa, kami pergi ke rumah "tukang urut" dan siap booking dulu giliran masing2. Sayangnya, mak sedara kami tu pegi mengurut di rumah orang yg baru bersalin dan kami terpaksa tunggu sementara memetik buah2 kat dusun. kakak sempat bawak bekal dari rumah, masing2 kelaparan dan sempat lagi melantak di pangkin yg dibuat khas untuk bersantai. Lauk2 simple tapi sedap...seronok makan ramai2 dikelilingi pokok2 dusun....

Habis makan kebetulan mak sedara aka tukang urut balik, so kami start sesi megurut..aku amik turn no 2...kali pertama megurut dgn dia...my comment: sememangnya dia amat2 pakar mengurut, bukan sbb dia mak sedara aku..tapi setiap kali dia mengurut mana2 bahagian pun, memang terasa puas dan dia tahu cari "problematic" urat...Dia kata urat aku byk yg bengkak...kes tak pantang sgt psl mkn la ni....aku sempat beli ubat yg dia buat sendiri...dari campuran akar2 kayu...aku rasa ubat dia mujarab jugak...tp sekarang on and off amik sbb lupa dan tgh sibuk ganti posa.

Sementara menanti akak aku berurut, aku ajak hubby n bwk anak2 sedara, sepupu pegi mandi air sungai dekat je dari rumah nenek...hubby org paling sakan mandi...yg sedih tak sempat snap gambar sbb bateri kamera sudah kong.....sedih....

Kami balik kira2 pukul 5ptg dan melawat umah sedara mara sekitarnya..
Hari raya 5 kami dah nak balik Kulim...so..pagi2 lagi kejut hubby bangun sebab tak sabar nak gi melawat pusara arwah anakanda Hasif dan arwah chek...Terharu jugak tgk semua rumput tak ada dan ada seseorang yang pacakkan pokok bunga Jasmin ke bunga melur...(tak sure) kat pusara anakanda. Sambil dorang melawat arwah chek...adalah yang turut serta melawat arwah Hasif...sekurang2nya anakanda sentiasa diingati ...itu hasrat ibu...Impian kami balik beraya Kelantan pun sebab nak jenguk anakanda, itu hasrat sebenar. Itu bukti kasih syg antara kami dan inspirasi untuk kami menemuinya di Syurga nanti.InsyaAllah...........

Driver yg keletihan setelah memandu...

Aku n hubby yg beraksi cute!

Kami 3 beradik berposing sakan sebelum bertolak ke rumah nenek...aku pulak mcm yg bongsu...statement perasan!!

Menyerang bekal yg dibawa...super duper hungry time ni...padahal dah breakfast nasi kat umah...

p/s: Pn. Dell, nak suruh belikan jubah lagi next time, kalo marayap2 kat shopping complex tu, do inform me kalo ada jubah yg cantik ye....

Monday, September 20, 2010

Aidilfitri 2010- Edisi di Perak

Aidilfitri 2010 sudah berlalu hampir 12hari, erm….terasa indah untuk dibiarkan kenangan raya kali ini begitu saja tanpa sebarang catatan buat kenang-kenangan. Tahun ini raya kedua aku sambut bergelar isteri orang, jadi giliran tahun ni kami beraya di Parit Buntar kemudian baru berhari raya di Kelantan.

Best dan meriah rupanya beraya dengan keluarga mertua. Penat sesangat tapi berbaloi dengan kemeriahan suasana hari raya. Tahun ni kiranya tahun kedua tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri, jadi tugasnya aku diarah untuk “standby” apa yg patut untuk diserang selepas solat raya.

Kelaziman untuk keluarga hubby, semua ahli kariah yang datang solat aidilfitri akan berkunjung ke rumah mereka sejurus habis solat. Jarak surau arwah ayah mertua pun lebih kurang beberapa langkah je dari rumah, tak heranlah rumah akan diserbu selepas itu. Kali ini agaknya ringan la sikit kerja2 melayan tetamu untuk akak dan adik ipar aku, hehehe..

Bagi adat keturunan melayu Banjar, mereka kebiasaannya menghidang juadah di dalam talam. Nampak penuh ngan tatatertib dan penuh santun je mereka di sini. Aku pun tengah dalam proses nak “digest” adat2 mereka.

Keluarga hubby memang sebuah keluarga yang besar. Adik beradik seramai 11 orang dan sudah tentu anak2 sedaranya ramai yang sudah besar panjang dan memiliki anak. Sampai kadang2 anak2 sedara yg kecik2 panggil “kak” saja kat aku. Perasan muda kejap…Aku sendiri pun datang dari keluarga yang besar, taklah terasa kekok sgt untuk bergaul dengan mereka. Tambahan pula anak2 sedara ramai yang agak2 sebaya dengan umur sendiri. Kekadang sampai lupa ngan nama2 mereka...huhuhu...tambahan yang kecik2...haru betul!!

Menjelang tengahari, tetamu makin reda, jadi saat inilah aku, akak dan adik ipar meloloskan diri ke rumah kak ipar kami di sebelah rumah je untuk beraya. Walaupun juadah yg dihidangkan hampir sama dengan di rumah, aku tetap sumbat jugak juadah, lain orang masak lain rasanya ye tak??...

Kebetulan ada ahli kariah surau yang mengajak kami ke majlis untuk naik ke rumah baru. So, kami beramai2 jalan kaki ke rumah tu, yang kecik2 berpimpin tangan, sungguh comel dan meriah…macam lagak nak gi meminang anak dara kami berarak ke sana. Nasib baik cuaca mendung, so kami beraya sakan sambil hirup udara dari bendang..

Dalam perjalanan balik sempat singgah sebuah lagi rumah sambil melawat saudara sekampung yang sakit. Kesian je aku tgk, suami makcik tu baru saja meninggal sebelum puasa, meninggal pun agak mengejut, aku dapat rasa makcik tu macam lemah semangat je suami dia dah takde, doktor sahkan dia ada mengidap minor Parkinson..Aku tgk setiap kali bercerita, muka dia mcm takde perasaan, tapi dalam hati kami tahu dia dlm kesedihan…Air mata aku bergenang jek, sedih kalau ditakdirkan orang paling rapat dgn kita pergi dulu.

Lps tu kami balik berehat, solat dan lps zohor kami start beraya beramai2 ke rumah saudara mara lain. Keseluruhannya, gembira sangat2 sebab terasa macam beraya dengan keluarga sendiri. Punyalah tak sedar beraya, sampai adik kat kelantan hantar sms mak suruh call balik. Kesian mak, terasa sbb aku takde kat kg, dari malam raya sampai pagi raya lagi aku try call, tapi nyata line bz sungguh. Last2, sakan sangat beraya sampai terus terlupa…huhuhu..

Kat bawah ni foto2 kami berhari raya……..BEST!!!

Beraya beramai2 di sebelah petang raya...

Sibuk ambik shift pagi untuk basuh pinggan mangkuk...sakit pinggang oii...

Posing dengan En.Wap yang makin montel...kaler baju kami tak match la plak, huhu!

Posing dengan adik beradik ipar...dari kiri:Icah, akak, Munir, En.Wap n me...

Ahli kariah surau yang sibuk menjamu selera...

Suasana raya yang meriah.....sibuk menyembang, sibuk makan...

Me n mother in law.....so sweet of her!!!

p/s: Next update...Aidilfitri 2010 Edisi di Kelantan plak ye..

Monday, August 23, 2010

Juadah Buka puasa


Hari ni ofis internet down, fuh lps lunch baru internet ok, tu pun 1st half masa kat opis amat2lah memboringkan. Hasrat untuk melayani internet untuk mencari resepi untuk berbuka sekaligus terbantut. Meeting at morning, nothing much to update since I was away about two months and all the projects transfer were at beginning of the stage. Betul2 memboringkan, hari ni juga flu semakin kronik, sapu tgn selalu saja menemani.

On the way balik keje petang, tanya En.Wap sama ada dia ada idea untuk lauk berbuka, walaupun dlm kepala sudah ada beberapa menu simple. Sampai rumah dlm pkul 6.15ptg dan bergegas masak nasi, buat rencah untuk perap ayam berempah dan semuanya siap dlm sejam kemudian, penat walaupun sempat siap 3 menu ringkas jek...Huhu...kena meningkatkan lagi tahap kecekapan di dapur. Penat but puas hati dapat makan lauk dari rumah.
Juadah simple yg sempat dimasak hari ni..nampak ayam tu hitam legam la plak...tak cantik langsung!!!

En. Wap puji ayam goreng berempah sedap dan bercadang untuk jadikan salah satu lauk untuk berbuka bersama kwn2nya hujung minggu ni. Huhu...penat lagi...6 psgn tetamu termasuk kami. Dah ada beberapa menu, harap2 niat ikhlas nak berbuka puasa ngan kwn2 nanti menjadi....InsyaAllah..

p/s: Puan Della, sila jgn jeles...anda juga dijemput berbuka kalo mau "naik" ke utara ni noh!!!


Saturday, August 21, 2010

Amatur Chef: Projek Sosej Roll Puff

Ahad lepas excited betul shopping barang2 rumah setelah sekian lama ‘bersara’ dari dunia dapur ni…Huhu…Lepas mengemas apa yg dibeli, barulah segar mata melihat barang2 tersusun rapi di dalam peti sejuk. Best2…Hehehe…Sebelum balik ke rumah mertua di Parit Buntar untuk berbuka puasa, aku sempat la mebuat resepi instant, Sosej Roll Puff. Haha, sebenarnya saja2 nak menguji En.Oven yg baru dibeli. Dalam beberapa minit je dah siap untuk dibakar and En. Wap mengambil tugas untuk membakar. Resepi sebenarnya dihentam keromo…dan hasilnya sungguhlah tidak berapa cantik, berbeza sungguh dgn foto resepi diambil di internet..huhuhuh..To be honest, rasanya liat bila dimakan….hahahha…salah tukang pembakar agaknya…:p…So kami sempat la membuat post mortem terhadap kebolehan En.Oven…Konon2nya En.Oven tidak berkemampuan untuk membakar dengan kadar suhu yg setara, buktinya apabila puff yg disusun di tengah kurang masak berbanding dgn puff yg disusun pada bahagian tepi. Kami pula asyik menambah masa membakar sedangkan masa yg dicatat dalam resepi hanya 20 minit.Haha…Agaknya salah si amatur chef ni kot…tak pandai mengunakan kebolehan En.Oven pada kadar yg optimum…hehehe…

So I think it’s better for the pictures to tell how bad I’m in cooking and baking…But for a first timer, it’s not sooooo bad rite…;p…

Masih kelihatan elok dalam oven....

Rupa puff setelah masak, ada yg 'pecah perut ', yg tengah kurang masak, yang tepi macam orang kulit hitam berjemur.huhu...


Close up sikit...Showing that I'm not a good cooker..Haih....


Saturday, July 31, 2010

Mimpi Yang Indah

Salah satu pic scan masa preggy. Hanya pic yg ni plg ok as he was in the perfect shape and perfect position in my tummy....11wks old.

Sejak pemergian anakanda Hasif, aku ingin sgt bermimpi psl arwah. Setiap malam sebelum tidur, aku berdoa agar dia muncul dalam mimpi aku. Untuk melepaskan rindu yg aku seorang saja memahaminya. Rindu setelah berpisah jasadnya. Aku teringatkannya setiap pagi menyapu gel di perut sblm berbenkung, juga rindu setiap kali berbaring atau tidur tanpa ada lagi bantal kecil yg perlu kuletakkan utk mengampu perut yg sarat. Rindu bila meraba perut yg mula kempis tiada isi. Bukti yg menyedarkan aku yg dia sudah pergi. Kerapkali aku memujuk diri, dia akan menanti kami di sana, tak sabar utk pertemuan yg satu itu. Ya Allah, jadilah kami dalam golongan hambaMu yg mendapat balasan syurgaMu.

Mungkin kerana aku mula melupakan raut wajahnya, ya aku akui aku mula kabur tentang wajah anakanda…yg masih kuat dlm ingatan aku kulitnya yg ketara benar putih merahnya dan juga rambutnya yg sedikit ikal. Selebihnya aku mula samar2 mengingatinya. Alhamdulillah, malam tadi aku bermimpi arwah anakanda Hasif buat pertama kali. Mimpi aku menjaganya sepenuh kasih syg. Dalam mimpi tu aku seolah2 terlampau obses takut dia jatuh sakit. Kulitnya yg putih pink, hidung besar mcm aku gak, hehehe..dia byk tidur je dlm pangkuan aku. Dalam mimpi tu macam betul je sebab aku tak boleh susukan dia sebab air susu aku takde. Aku jaga dia sebab rasa dahinya panas. Aku letak kapas yg dibasahkan di dahinya. Tapi yg aku hairannya mimpi tu berlaku di sebuah padang yg luas. Semua brg2 baby ada di sisi aku dan aku menjaganya tak jemu2. Dia pun baik je saat tu. Mimpi aku terhenti bila hujan mula turun dan aku cepat2 bawak anakanda Hasif lari takut kena hujan. Erm….aku bgn tidur dlm keadaan tenang dan tersenyum puas pagi ni. Hasrat nak mimpi pasal arwah tercapai gak. Moga arwah bahagia di sana

Tak sabar nak ziarah pusara arwah hujung minggu ni buat pertama kali…Tunggulah…InsyaAllah ibu akan melawat pusaramu nanti. Moga Allah terus berikan ibu kekuatan sayang….