Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, December 31, 2008

Hanya terfikir.......Betapa bertuahnya kita


Bandingkan anak kecil ini di sana dan anak kecil kita di Malaysia.....betapa bertuahnya kita di sini.

Sekadar ingin berkongsi di saat kita bergembira dgn Maal Hijrah dan Tahun Baru masihi, yang pasti aku terkenang nasib warga Palestin, saudara sesama Islam kita. Andainya aku di bumi Palestin, entah apa agaknya nasibku... Betul kata ex-bos aku dulu...walaupun chinese man, aku suka dgn pemikirannya....Katanya, tak salah pun anak2 kecil memegang senapang di sana, tak salah pun adanya suicide bomber...kata dunia luar Islam itu sinonim dgn keganasan. tapi jika kita di tempat mereka, yg saban hari dihujani bom dan peluru.... Untuk apa lagi hidup andai bukan utk berjuang. Selalunya rutin harian bg sebuah negara yg aman damai, sudah tentu kita hanya memikirkan utk ke tempat kerja, kerja dan kerja. saudara mara dan keluarga usah dirisaukan, pasti mereka selamat saja. Tapi mereka, sehari2 ditempuh hanya berdepan dgn ajal...entah esok atau lusa, mungkin terfikir di benak mereka...andai ingin mati, biarlah mati yang meninggalkan makna dan nama......atas satu perjuangan...daripada mati hanya sia-sia.......Al Fatihah pada mereka yang gugur....

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru Masihi

Hari ni datang keje lewat 2-3 minit dari biasa. asyik memerap atas katil je sepjg pagi. Tu pun gara2 aku membasuh baju dulu. Kalau tak mesti on time je kot. Anyway aku nak cerita psl benda lain actually, psl tahun baru. Hari ni aku rasa indah daripada biasa, bertambah indah lagi bila two of my ofismates lekat note to wish happy new year. Diorg bercuti hari ni. nampak macam simple je, tapi surprise mcm ni kdg2 buat kita terharu...

So, azam 2008, ada yg dah tercapai, ada yg belum...tapi mostly tercapai. Yang belum tu aku carry forward thn ni. Hopefully, jadi kenyataan. Just nak wish......

Salam Maal Hijrah 1430H & Happy New Year!!

May you all find happiness and wealth!!



Whether the sun peeks out from its slumber with brilliant rays, whether I am awakened with refreshing rain or such, I still greet the day with a grateful heart

Monday, December 29, 2008

TAG DARI PN. DELLA

Panjang betul tag ni, mati kutu aku pikir nak jwb...aku bg jwpan apa yg mampu je ek.....

what is the most important thing in your life ?
my family ……n...him

what is the last thing you bought with your own money ?
kasut jenama Opera…dah la longgar, bila jln je berkeriut bunyinya…satu opis dgr…sampai ada sorg akak tegur…br beli ke Ina, siap ada bunyi lagi, yelah masa try tu tak jalan2 tak?...tak sangka ada bunyi…aku jwb sambil senyum..tulah pasal…Akak tu sr. manager, dia jrg tegur bab2 camni…kasut ni memalukan aku betul…

where do you wish to get married ?
kat kg la……takde terfikir pun nak kawin jauh2…susah sedara mara nak dtg…..

how old do you think you will get permanently owned by your lover ?
belum lagi permanently owned…masih dlm planning…next year confirm kalo der jodoh…….

are you in love ?
Yup, and yup……..;)…aku jrg mengaku depan dia….hehehe

where was the last restaurant you had dinner at ?
kat kedai Ahmad Seafood, kedai br bukak je....

name the latest book you bought ?
Buku ape ek?...Terlupa either Dunia Ini Sederhana Kecil by Bakruddin Bekri or Why Mars and Venus Collide by Dr. Gray.

what is your full name ?
Nor Azlina Mat Husin…….Tuan punya bdn dulu bercita2 gak nak jadi Nor Azlina Redhuan dulu…hihihihi..

do you prefer mother or father?
dua2….mak…suka share cerita, memahami wlpun dia tak show sgt sikap caring dia……..arwah chek…caring, ceria, kelakar, ikhlas dan sabar…selalu teringat kat dia skrg. Plg terasa kehilangan kalo telefon umah, dia selalu berebut telefon ngan org lain nak cakap ngan aku…ada je benda dia nak update, skrg tel umah, dah takde dah suara dia yg menyampuk dr blakang nak ckp ngan aku…

name a person that you really wish to meet in your real life for the first time.
takde sape2………tak terfikir pun sape2 saat ni…….Rasanya si kecik Aisyah kot………tak jumpe lg sampai ler skrg

christina or britney?
suka suara Christina, pernah suka lagu Britney dulu…plus Britney share the same birthday dgn aku…Overall, sama je dua2 org tu…depends pd lagu diorg…

do you do your own laundry ?
yup…setakat ni masih lagi aku…tak tahu takut thn depan handover tugas ni kat org lain, setakat ni aku declared dekat dia soon to be my bodyguard, my mechanic, my assistant masa msk, my driver…hehehehe

the most exciting place you want to go ?
Mekah jugak….itu yg pasti…

hugs or kisses ?
dunno yet, tp aku suka org peluk kot, kalo kwn2 or sedara peluk rasa tenang…

point out five things about the person who tagged you
- Pn Della….kawan sejak studi kat Uitm…….
-sensitif
-manja
-caring
-garang…sekarg tak tau sejak jd mak ni garang ke tak…heheheh
- dari dulu smpai skrg masih je maintain montel…..heheheheh

Byk lagi nak tulis………rasanya 3 hari 3 mlm tak abis nak tulis!!

eight things i’m passionate about..
1- mak...Syg sgt….
2-arwah ayah…Miss him so much!!
3- adik-adik..yg selalu buli kakak dia ni…huhuhhu
4-abang2 dan kakak…
5-anak2 sedara yg ramai…geram + saying kat u all…nakal……..
6- En. W…..tq sebab tahan ngan perangai I yg pelik2………
7- buku2 + songs
8-anak jiran sebelah umah…hyper betul!!

eight books i have read recently
buku novel, byk sgt…mls nak list..latest The Firm by John Grisham

eight songs i’ve been listening over and over again
1) matahariku – agnes Monica
2) ayat2 cinta – Rossa
3) Tapi bkn aku – Kerispatih
4) Andai ku tahu - Ungu
5)Hurt- Cristina
6) I'm yours - jason Mraz

Dah blur nak jwb dah.......

eight things i learned this year
1-keje dlm bidang manufacturing
2- loving sumbody
3- to be loved by sumbody
4-jaga anak jiran yg notty
5-msk lauk2 baru…
6- kehilangan org plg dekat dlm hidup
7-blajar utk besopan santun…one of my azam….
8-dpt ramai kwn sekerja pompuan…dulu selalu sorg2….hehehe..

Dah siap......Skrg nak tag dua org je...Dean and KuIna....hehehehe...Kalo tak nak jwb pun takpe....huhuhu...lgpun tag ni pjg sgt la.......:p

Wednesday, December 24, 2008

Day to xchange the gift.....

Ari ni diaorg forward gambar2 masa exchange gift sempena krismas utk 2 department yg berkongsi satu ofis. Department aku, NPI dept and PM dept Padahal sorang je yg sambut krismas yg lain tu amik berkat tahun baru kot. Combine 2 dept, baru je 12 org. Department aku, semuanya seramai 7 orang termasuk bos aku. Department aku cukup muhibah…..balance dr semua segi, 3 lelaki, 3 perempuan, 2 malay, 2 india, 2 chinese….hehehehe…Bgs betul planning bos aku nih…..bos aku yg baju kuning tu..muda lagi br 28thn..but dah jd bos...very sporting!!

Ari tu hadiah mug yg aku beli dr Memory Lane tu dapat kat budak baru je seminggu msk, Eunice dari PM dept. Aku suka hadiah tu….hehehehe.
aku plak dapat hadiah dr my collegue satu dept, Eileen...aku dapat mug besar bentuk kepala Santa Claus…comel sgt!!! Hadiah ni pun beli dari memory lane.
Actually ofis kitaorg ni jenis sunyi je time keje, masing2 khusyuk. But kalo sekali bising, pecah satu ofis. Kalo ada prayaan apa2, masing2 take part utk decorate ofis cantik2. ini kitaorg slps dapat hadiah msg2...seperti biasa aku kan rendah dr biasa, so mmg selalu dok depan bukan minah intprem ek....

Dari kiri depan:-Suthagar, Victor, aku, Eunice, Kak Liza, Ifa dan Angeline.

Dari kiri blakang:- Abg Azni, my boss, Eileen dan Mr. Sara.

p/s: Am I look fat dlm foto2 ni......:(

Tuesday, December 23, 2008

Sumthin to share......


Semalam lps meronda cari kasut kat Jusco Seberang Prai City, kitaorg tak expect pun utk tgk movie. Saja meronda kalo ada citer best utk tgk. Last2 aku suggestkan utk tgk movie lakonan hero pujaan aku, Keanu Reeves….The Day the Earth stood still.
Aku rasa citer ni takde best giler2, tp ada impak yg besar utk difikirkan. Citer ni sarat dgn moral yg tersendiri….Aku mls nak ulas synopsis citer ni...Boleh rujuk kat tenet kalo berminat.Apa yg aku nak tekankan ialah moralnya. Kat bawah ni adalah antara dialog yg berkesan di hati aku:-

“If the Earth dies, you die. If the human race dies, the Earth survives”

Dialog ni diucapkan oleh Keanu Reeves yg membawa watak sbg alien yg datang untuk menyelamatkan bumi. Seperti yg kita tahu mmg byk kerosakan di muka bumi yang terjadi dari tangan2 manusia sendiri. So slps berpuluh tahun si alien hantar perisik mereka yg hidup sbg manusia, Alien beranggapan yang manusia sendiri yg merosakkan bumi dan dtg dgn misi utk meyelamatkan bumi dari manusia.

Terfikir jugak, sekarang byk sgt bala2 yg terjadi, sana sini huru hara. Rasanya di sinilah konsep mengapa cerita ini digarap…Dunia dah terlalu tua dan sekarang byk kerosakan terjadi di sekeliling kita.
“Your professor is right. At the precipice we change”.

Kata2 ni lagi menarik, alien (Keanu Reeves) menggambarkan manusia sbg makhluk perosak utk bumi. Punca utamanya adalah sikap manusia yg alien pun tak mampu ubah. Kesan dari sikap manusia yg tak nak berubah ni menyebabkan alien merasakan perlunya bumi ini dibersihkan daripada manusia. Dengan keputusan yg alien ni buat, dia telah menghantar serangan serangga micro mcm virus. Heroin dlm movie ni lakonan Jennifer Connely ni merayu2 la dgn alien ni mengatakan yg manusia akan berubah setelah diberi peluang. Malah si heroin dlm cerita ini membawa alien utk berjumpa dgn seorg professor utk rundingan dlm usaha memujuk alien menukar fikiran. Dlm perbincangan dgn professor tu, menarik sgt sebab profesor mengaku yg manusia mmg mempunyai sikap yg boleh merosakkan bumi. Tetapi, manusia sentiasa berubah dgn melalui pelbagai tamadun dari dulu. Sebelum sesebuah tamadun musnah, manusia boleh berubah di antaranya untuk hidup. Itulah manusia, dlm bahasa ringkasnya takkan berubah sehingga sesuatu mendesaknya...:p...

Filem ini mampu membuatkan kita tertanya2, apa tujuan alien datang dan sbg musuh atau kawan... Dari awal sampai akhir, rasanya aku byk tertanya2. suspens tapi sarat dgn moral…Byk sindiran2 halus dlm movie ni termasuklah kegagalan pihak PBB menangani masalah dunia. Malah, manusia merasakan keamanan boleh dicapai melalui kekerasan. Tgk sajalah contoh terdekat kita punya pemimpin, nampak ekstrim sikit msk je dlm ISA. Apa yg pasti, sejauh mana tinggi dan canggihnya teknologi, tetapi sikap manusia sbg khalifah di muka bumi ni yang tak nak berubah, takkan ada keamanan lagi. Hanya satu cara….the ability to change…yg ni yg susah...takde sape yg boleh ubah seseorg kecuali diri dia sendiri..."betulkan?"

p/s: Keanu Reeves tetap handsome dan bergaya dalam citer ni. Tak pyh tukar2 baju, pakai sut hitam je sepjg citer ni…Jimat kos!!! Hehehehe…

Friday, December 19, 2008

BAYAR UTANG TAG..........

1. Do you think u are hot?
tak pernah terpikir pun......


2. Upload a pic of u..

3. Y do u like thus picture?
Sebab suka suasana Taman Tasik Taiping....saujana mata memandang...plus nampak kurus n ceria sikit dlm gambor ni...:p....

4. When was da last time you eat pizza?
Bila ek...lama dah..rasanya in d middle of this year, mkn tak abis pun gaduh dgn "bdk" tu...tak lalu nak mkn pun....:(..

5. The last song u listen to..
Lagu pagi tadi nak pergi keje..."TERIMA KASIH CINTA" dari Afgan...Bahagia je dgr lagu ni wlpun dok ulang rangkap sama byk kali....

6. What r u doing right now besides doing this?
Dok tgh cari kat internet formula utk calculate current carrying capacity...lupe dah...actually tolong member utk cari cable size....dah lama aku tggalkan dunia tu....luper la...

7. What name u prefers beside yours?
Apa ek...tak terfikir pun saat ni....DAMIA kot....nama yg aku letak utk anak sedara baru..........

8. People to tag?
Blog ni ada dua org je slain ayu........so della and dean...please response!!

9. Who is no.1?
Della @ Fakar...my best buddy...serasi wlpun berbeza perangai......lama tak jumpe ko ek....


10.Who is no.3?
xde no 3........


11. Who is no.5?
xde jugakkkkkkkkk


12.Who is no.4?
takde lagiiiiiiiiiiiiiii

13.Who is no.2?
dean....camana leh kenal mamat ni ek?....rasanya lps abis study dulu keep in touch mlalui fs.....baik sbb sllau online masa keje...lama dia tak update blog dia....



p/s: So pada Pn. FAKARdellawarni dan En. RosFAKARudin...sila respons dgn tag ni....Baru teringat...aku kenal dean sebab nama dia sama ngan nama Pn. Della..hehehehe....:P...

Thursday, December 18, 2008

Semalam Punyer Cerita.........

Semalam review aku nyer achievements kat sini ngan bos aku…Kelakar pun ada sebab review macam koya best jek. Aku ngan bos aku gelak jek…macam iye2 je tulis…Mengampu abis la…Dia ckp, kena maintain and achieve apa yg ditulis tu. Erm…but Alhamdullilah, naik la sikit gaji dari biasa….Dalam ekonomi gawat ni aku kena syukur sangat2 dpt keje ni. Nak kata aku suka keje ni sgt, tak jugak…masa mula2 apply pun aku tak ingat apa post yg aku mintak…pun aku tak berapa clear ngan job description dia….Yelah aku bukan dari manufacturing background. Datang dari bidang construction…aku totally blur…Teringat kata bos aku masa interview ari tu…”Everything can be learn”…….Spontan aku setuju ngan kata2 dia…

Kadang2 aku terfikir nape la aku asyik tercampak dlm scope keje yg kena deal ngan org, yg nak kena manage org…Pun…aku syukur sgt, dgn keje yg background cam ni aku boleh kenal ramai org, leh improve communication skill aku, leh tau peel mcm2 org, kena pandai amik ati dan physco org. Aku punyer kelemahan, aku tak reti nak marah2 org….Malah bos aku pun cakap, kena tegas sikit…huhuhu….tapi dlm kelemahan aku ni aku pandai gak physco org….nak suruh berkerjasama…..Memang betul kata org, keje ngan machine lagi senang dari keje ngan orang ni….tapi keje ngan org byk cabarannya…kena byk sabar…last2 orang2 nilah yg akan baik ngan kita semulajadinya….Percayalah…untuk berjaya dalam apapun, kuncinya kena sabar…Itu yang Allah dah janji….Tengah terfikit2…apa azam tahun 2009 ni….

Rasanya thn depan kena lebarkan sayap luas2. InsyaAllah ada kehidupan baru mendatang tentunya bersama dgn cabaran2 baru…InsyaAllah….



P/S: Best jadi burung2 ni, boleh terbang merentas awan. Tapi teringat semalam aku langgar 2 ekor burung merpati depan kuil hindu otw pergi keje. Aku ingat burung tu nak lari masa keta aku redah jalan tu, rupa2nya tidak...Apa nasib burung tu agaknya, nasib baik cermin keta aku takde apa2...Aku perasan keta blakang aku mengelak lps burung2 tu tercampak kena langgar ngan keta aku...Huhuhuhu...kejam ke aku?...Kalo hidup pun, mesti cedera....yg diorg tak lari awal2 tu nape ek?...Burung 2 ekor tu nak bunuh diri agaknya....hehehehehe...Apapun yg diciptakan Allah tu ada kelebihan dan kelemahan ek...So, ambillah iktibar dari kekurangan dan kelemahan itu...

Wednesday, December 17, 2008

7 Hari Tanpa Dia.......

7 hari …terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Sudah 7 hari tanpa suaranya, ketawa mau pun jasadnya. Perginya dia terlalu pantas untuk diulang di layar ingatan. Hakikat untuk di terima arwah chek telah pergi tanggal 8 Disember 2008, saat 2.30 ptg. Saat orang sibuk memasak untuk juadah tengahari di Aidiladha. Pergi dengan aman setelah mengalami demam biasa. Saat jasadnya terbujur kaku, masih lagi aku terimbau muka bersihnya yang baru saja bercukur sehari sebelum hari raya. Kemas dan memang itu persiapannya untuk ke alam baru, yang terputus dari dunia luar dan sanak saudara. Masih teringat lagi aku menegahnya untuk pergi bercukur dan menggunting rambut lantaran dia nampak sedikit keletihan dari biasa. Lagipun, yang aku nampak, rambutnya masih lagi pendek. Arwah selamba menjawab, dia takut abg aku marahkan dia.

Terasa Hari Raya Aidiladha tahun ini langsung tidak bermakna. Sebuah kehilangan yang besar utuk kami adik beradik, juga untuk kwn2nya sekampung yang lain. Pemergiannya nyata sebuah kepincangan untuk semua orang. Gelak tawanya yang sentiasa memeriahkan suasana dalam apa jua majlis dan peristiwa.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah
mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku
masih kecil”.

Semoga Rohnya aman tersemadi di sana, Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkan dia di kalangan orang2 beriman….Aminnn………

Friday, December 5, 2008

10 Year Reunion Alumni SMSTSP Batch 1998.

2 Hari lepas dapat sms dari Paret psl event announcement utk buat 10 year Reunion pada 20/12/2008 ni. Aku tak terkejut dan mmg aku expected yg akan dpt jemputan tu sebab sepjg ari aku dok YM ngan schoolmate, Zeti.Dia yg update kat aku psl reunion ni. Nasib baik aku tak byk keje skrg…hehehehe.

So terfikir jugak, cepat2 aku ym Zeera kalau2 dia dpt sms tu. Dia dpt gak invitation tu, erm…Zeera bagi condition dia akan join reunion tu kalau aku pun pegi sama. Huh, langsung tak membantu aku buat keputusan…aku dlm dilemma….nak pegi…segannya. Dah 10 thn tak jumpa bdk2 sekolah…cepat betul masa berlalu, macam2 kenangan kat sekolah tu wlpun 2 thn je aku kat sana. Tapi apa yg mengubah aku setelah blajar kat sekolah ni, aku jadi minah blur agaknya…hehehehe… Segannya nak pegi,yg segannya sebab aku single mingle lagi, org lain dah siap berfamili. Lagipun, mesti bykkkkkk sgt soalan2 cepumas yg nak kena jawab…soalan 10 thn tak jumpa, standard la…huhuhu..kena prepare fizikal ngan mental ni nak pegi…hehehehe.. Zeti pujuk aku, ckp ramai lagi geng2 anak dara batch kitaorg yg dtg…hehehehe…ati aku lagi la berbelah bg….Tunggu la aku pikir2 dulu. Ada 2 ari lagi sblm konpem nak pegi ke tak…Konsep, BBQ tepi pool dekat Cyberia Condominim..Cyber jaya…Ntah kat mana aku pun tak tau..:P….

To All,

Salam Aidiladha...& Selamat Bercuti..

Esok dah start cuti sampai rabu depan..Tak sabar nak balik kg....main banjir....kekekeke...:P...

Thursday, December 4, 2008

MY PEBERET PHOTO..

Salah satu kerja aku bila terasa boring dekat tempat keje dgn explore foto2 unik dlm Flickr....best woo....hehehe...Foto kat bawah ni saja nak share...best betul rasanya....

Dalam dok upload gambar ni..nampak plak gambar favourite aku buat masa ni...one sweet moment dgn Adam anak member...dekat Batu Feringgi kot...

Buat kwn2 yg lain, Dell, Zeera n Melyn, ada kesempatan aku nak pegang anak2 korang gak...sebelum pegang anak sendiri..:P.hihihi

Hadiah Oh Hadiah…




Baru ari ni aku amik hadiah dr Pn Della. Baru berkesempatan dan aku terlupa……..Thanks for the cute graphics ni. At least ko tak lupa besday aku, terima kasih bebanyak ye…terharu2........

Dah menjejak angka 27thn ni rasa mcm kena matang la plak dari segala segi. So aku planning nak cari hobi baru untuk thn baru 2009 yg bkl menjelang ni.. aku teringin nak blajar buat kek. Hehehehe…Aku nak daftar kursus buat kek awal thn depan ni…actually dekat ngan taman aku sgt2. So, pindah umah Januari depan..Mission baru bakal bermula. Harap2 tak hangat2 tahi ayam…Utk Pn Dell, aku tak cuba pun lagi resepi cheesecake ko, but dah ada yg request utk aku buat cheesecake utk besday dia. Hahahaha…agak2nya org tu tak tau lagi aku punye kepakaran dlm bidang kek ni totally “zero”….Aku ada masa 3 bln lagi nak blajar sblum hari tempahan tu dtg…….kikikiki….wish me luck ek!!!

Wednesday, December 3, 2008

Yesterday was my birthday.


Semlm genap umur aku 27 thn……huhuhuhu…terasa tua plak. So, the first person yg wish adalah Pn. Della, beberapa jam terawal, dgn alasan kredit takde, kesian betul kwn aku yg sorang nih…aku tau dia mungkin tido awal je sejak kawen ni (aku agak je la). Dia tak sanggup nak tunggu detik 12 tgh mlm ler tu…hehehe…Actually, mlm besday tu aku mmg beradu agak awal disebabkan aku letih dan mmg bdn aku rasa mcm nak demam, tekak plak sudah sakit sejak dua tiga hari lps. Seperti biasa, Pn. Della agaknya tahu, aku kalo demam sikit2 mmg tak mkn ubat punyer. What a macho girl…kikiki…So, lps je baca novel The Firm…aku mmg belayar dlm mimpi.................entah fasa ke berapa ntah…En. Wap bg msg Hepi Besday…dia takkan call sbb dia bdk baik, kalo nak call mesti tanya aku dah tido ke blum…disebbkan mengantuk aku just reply…TQTQ je…hampeh punyer awek agaknya aku ni. Msg kedua dia tanya aku dah tido ke blum, aku dgn slumber reply, dah tertido,ngantuk, (dlm nak reply aku tertido dan tersdr2 br send) lps tu dia just say gud nite je. Tau mmg aku tido sakan…Entah nape mata tak boleh nak bukak luas2 ntah.

Esoknya, adik2, anak sedara and ofismate say hepi besday. Terharu gak, huhuhu........... Sepjg hari dok tunggu En. Wap call, tp tak call2. Aku pujuk hati ada la surprise tu..hehehehe. Dekat nak balik keje dia call, ajak kuar for the dinner. Dia nak blanje special, suruh aku pilih location. Aku ckp ngan dia, otw kita decide nak mkn mana.

Lps maghrib, dia jemput, seperti biasa, aku mesti lambat bersiap. Kesian dia dok tunggu, aku lambat pun bukan sengaja. Tgh bersiap, Tini msk bilik aku bwk kad jemputan kawin dia, aku pun sembang la kejap..aku bkn jenis yg main redah je, kena jaga hati dan dgr je si Tini bercerita. Erm, aku dlm hati dok berkira2, En. Wap mesti tggu lama ni.

Walaupun aku kuar lambat, En. Wap tetap tenang seperti selalu, kesian gak kat dia. Dlm keta, aku tak tau nak mkn apa dan nak pegi mana. So, slumber dia ckp…kita makan cucur je la…aku pun cabar dia, jom cari cucur mlm2 ni?...dia gelak je…

Last2 dia bwk aku ke sebuah kafe dekat Pantai Jerjak, erm…suasana tepi pantai dan dr sana nampak jeti ke pulau Jerjak dan jambatan pulau Pinang. Aku pesan lagsana saja disebabkan kedai tu tak byk menu sgt. Mata aku tetiba ternampak cucur bilis…aku gelak dan tunjuk kat dia, dia terus order…aku tau dia sindir aku la tu.....
Kebetulannya aku mkn lagsana sikit je sbb awal2 aku bedal cucur bilis tu. Mmg sedap…So, mlm besday, aku dapat mkn cucur bilis…tulah kuat mencabar lagi…Lagipun En. Wap tak sangka yg kat kafe tu ada cucur bilis. Kebetulan betul la………Moralnya…Anything can be happen je dlm idup ni….

Sebelum msk umah En. Wap bg surprise ngan bungkusan cantik, ada teddy bear yg aku mmg berkenan. Bila pkir2 aku ni mcm bdk2 la plak…hadiah ke 27 dpt teddy bear…



Am I too childish?....huhuhuhuh…

Friday, November 28, 2008

TiMe tO rELakS

Fuh......lega sgt sebab all of my first 3 NPI projects dah pun qualified utk launch dekat asia pacific, Europe and America. Lega setelah mcm2 isu timbul. Tapi 2 new projects dah konpem utk aku manage. Sekarang masih dlm early stage, so boleh la aku ngulat2 sikit di alam maya ni. Kerja hampir 5 bulan kat sini, aku rasa oklah setakat ni since aku boleh handle team member. But, my first 3 months here, I was like totally blur how the project was supposed to go. Nak plan ahead, aku tak tau apa outcomes yg dtg, so...aku hanya ikut rentak je waktu tu....Setkat aku involve dgn project, sekurang2nya aku stick ngan plan yg tak berubah2 tu, cuma delay or ahead tu biasalah dlm projek. But manufacturing projek ni plannya asyik berubah2...deal direct dgn R&D customer. Mmg meletihkan...Sampai nak gi keje, tgk mail berlambak pun aku dah trauma...email plak mcm mengarang surat cinta.....panjang berjela. Aku plk bukan tau sgt in terms of supply chain and business ni. Yang aku tau psl technical, itu pun sikit2. Huhuhuhu...tapi Alhamdulillah, dak ok dah sikit. Takde la teraba2 menyuluh dlm kelam dah....ada probs, cepat2 discuss ngan team sblum feedback balik ngan customer. At least pandai tackle team. Oklah walaupun kdg2 sakit ati ngan org2 production yg mcm2 peel...huhuhu...so bln ni aku takde overloaded sgt........time to rilex agaknya....

Ari ni aku dok godek2 blog ni, menghias apa yg patut, tu pun terhegeh2 blajar ngan Pn Della yg bijak benor bab2 blog ni...:p.aku plak mls nak try n error sendiri..senang tanya terus pd yg pakar...aku amik konsep pink bukan sebab aku suka pink pun, tapi nampak yg pink ok je dari yg lain...tp ramai ckp aku suka pink....yelah kot agaknya...:p...

Thursday, November 27, 2008

Jauh di sudut hati

Erm, lately aku rasa hopeless sangat. Mungkin banyak peristiwa mengejutkan dalam hidup aku. Tanggal 22 Nov lepas, ayah aku disahkan mengidap sakit leukemia. Erm, aku rasa aku sudah prepare mentally utk terima berita tersebut. Even, about a week dia kat hospital, hati aku tak tenang langsung. Kakak aku sendiri mengatakan dia masih lagi ceria dan petah bersembang. Takde apa yang berbeza secara batiniahnya, tapi secara fizikalnya, dia pucat akibat kekurangan darah. Namun, seleranya langsung tidak putus. Aku bersyukur kerana dia seorang yang cukup positif dari segala segi. Ceria dan baik hati. Tidak pernah memarahi anak-anaknya. Itu pun aku rasa cukuplah Allah tidak memberikan dia penderitaan dari segi kesakitan yang melampau. Erm, teringat kata2 adik aku yang menemaninya di hospital, Dia bukan jaga orang sakit, tapi jaga katil orang sakit, yang sakit dok menyembang dan tak duduk diam. Malah, yang lagi kelakar, ayah aku siap offer adik aku tidur atas katil dia kerana dia lebih suka merayap ke tempat lain. Yang pasti aku kenal sgt dgn perangai ayah aku yang kuat bersembang tu.

Sekarang, aku hanya redha. Aku kagum jadi anaknya dan ramai yg mengatakan aku byk mewarisi sikap2 nya…..betul ke?.........:p……..

Thursday, November 13, 2008

My story begins....

Erm....how to start? Tak tahu kenapa aku terasa ingin menulis apa yang terjadi dalam hidup lately. Mungkin sebab aku mula terasa free semula di tempat kerja or aku ingin share sumthing yg jadi dlm hidup aku. Today, emosi aku bercampur aduk....agaknyalah...:P...